Resepi Chicken Pie Yang Sangat Sedap. Jika Dibuat Jualan, Memang Laku Keras!

Lihat sahaja dah boleh agak mesti sedap. Resepi chicken pie perkongsian Muliaidayu Ahmad ini super sedap untuk anda cuba. Intinya terdiri daripada cendawan dan ayam. Sangat sedap dan nak buat pun mudah je. Jika dibuat jualan, memang laku keras Chicken Pie ni. Jom ikuti perkongsian dibawah.

ARTIKEL BERKAITAN : Dah Lama Goreng Masih Rangup Kulit Karipap. Peniaga Kuih Ini Kongsi Resepi & Tekniknya, Gerenti Jadi!

CARA BUAT INTI CHICKEN PIE

Disebabkan ramai pm tanya resepi Chicken Pie ni maka akka share lah ye. Uolls yang jauh boleh la buat kat rumah ye.

Yang nak guna resepi ni untuk jualan tambah rezeki pun boleh, akka izinkan sama-sama kita mencari rezeki di bumi Allah ni

Sapa-sapa nak share resepi ni pun boleh, biar lagi ramai diluar sana boleh dapat ilmu & cuba buat.

CARA-CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak, masukkan 200 grm isi ayam + black pepper + garam. Angkat.

2. Panaskan 2sb butter, masukkan1/2bj bawang holland potong dadu, 2 biji bawang putih cincang, 3sdt tepung gandum dan sedikit air.

3. Masukkan 1 cawan kentang , carrot , shitake mushroom + air, mixed herbs, black pepper, garam, chicken stock, kacang peas, 1/2 cawan cooking cream@whipping cream@fresh milk.

4. Kemudian masukkan ayam tadi dan siap!

RESEPI CHIKEN PIE TERSEDAP

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1 sb gula icing
  • 200 gram butter
  • 1 biji telur gred A
  • 4 sb air sejuk (dari peti)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Gaul rata tepung gandum dan gula icing.

2. Masukkan butter sejuk dan gaul rata.

3. Adunan akan menjadi macam ni. Kemudian masukkan telur.

4. Apabila dah gaul telur, masukkan air sejuk.

5. Adunan akan jadi macam ni tak melekat dekat tangan. Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti selama 1/2 jam sebelum di canai.

6. Kemudian canai kulit pie macam ni. Bulatan tu boleh guna cawan.

7. Masukkan dalam cup dan ratakan.

8. Isikan inti yang dibuat tadi.

9. Tutupkan bahagian atas. Tepi-tepi yang lebih tu kemaskan dan potong dengan pisau.

10. Tepi-tepi tu boleh kelim dengan garfu je.

11. Sebelum di masukkan ke dalam oven.

12. Sapukan kuning telur dan taburkan mixed herbs sedikit dan bakar pada suhu 200c selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Muliaidayu Ahmad via Rencah Rasa

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles