Resepi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin, Campur Durian MasyaAllah Lagi Sedap Rasanya!

Setiap kali pergi kenduri kawin, mesti wajib makan bubur kacang. Bubur kacang hijau ini diibaratkan ‘pelengkap’ setiap kenduri kawin. Tiba-tiba rasa rindu pulak nak makan.

Bubur kacang ni boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang dicampur dengan durian! Yang kosong pun dah sedap, apatah lagi jika ditambah dengan durian. Anda boleh cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsikan oleh Aisyah Humaira di bawah.

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU ORANG KAWIN

Bubur kacang hijau orang kawin, zie campur durian MasyaAllah lagi sedap!

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan teh kacang hijau
  • 1 ½ ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula putih atau mengikut manis disukai
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 kotak kecil santan SAJI (lebihkan lagi sedap)
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 4 keping hirisan halia
  • Air secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yg disukai dan masukkan durian jika suka

CARA-CARA PENYEDIAANNYA :

1. Kacang hijau cuci macam basuh beras dan rendam semalaman (seeloknya rendam sebelum tidur, esok dah boleh masak).

2. Rebus kacang hijau sehingga empuk. Setelah kacang lembut tapis buang airnya.

3. Dalam periuk, masukkan semua bahan-bahan diatas termasuk kacang hijau yang telah direbus

4.Kacau rata dan reneh dengan api sedang. Kacau sekali sekala setelah semua sebati.

Siap, selamat mencuba!

Sumber/Foto : Aisyah Humaira via MyResipi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles