Siapa pernah makan bihun PAMA mesti tahu betapa sedapnya ketika menikmati hidangan ringkas ini. Mengimbau betul kenangan dulu-dulu, kenangan ketika zaman belajar dahulu.
Ini dia resepi bihun sup homemade ala PAMA perkongsian Zara Latif. Simple je rupanya. Boleh lah makan ramai-ramai dengan puas sambil mengimbau kenangan lama. Mesti seronok.
Jom ikuti perkongisan resepi ini di bawah.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Bersama Apa Sahaja. Pasti Berbaloi-Baloi!
RESEPI BIHUN SUP ALA ALA PAMA
Sape suka sangat bihun sup PAMA?
Benda ni dah lama viral tapi hari ni baru nak cuba. Bihun sup ala ala bihun sup segera brand PAMA versi jimat dan boleh makan sampai kenyang.
Senang, cepat dan sedap rasa dia sebijik macam bihun PAMA tu. Kita just tambah isi ayam dan telor goyang.
Tak nyesal cuba tau
Sukatan bahan agak agak sendiri ya.
1. Bawang putih di cincang dadu dan tumis dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan. Ketepikan
2. Rebus isi ayam bersama kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Rebus hingga isi ayam masak.
3. Kalau air rebusan berkurang, tambah air biar secukupnya.
4. Letakkan bawang putih yg di tumis bersama minyak ke dalam rebusan ayam.
5. Masukkan bihun ke dalam kuah sup(Bihun tak perlu di rebus terlebih dahulu ya)
6. Pecahkan telor, dan biar sekejap hingga telor separuh masak. Perlahankan api gas.
7. Last, taburkan daun sup dan cili flakes. Siap untuk di hidang. Jangan lupa perah asam limau tau
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Zara Latif
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku