Resepi Ayam Lemon Lada Hitam, Mudah & Ringkas Namun Menyelerakan

Resepi ayam lemon lada hitam perkongisan Siti Hazneza Abdul Hamid bukan sahaja sedap malah sihat apabila dipandankan menjadi hidangan lengkap ada sayur dan ada protein. Bahan perapnya juga sangat ringkas. Bukan sahaja sesuai dimakan bersama salad dan sayuran malah boleh dimakan bersama nasi putih, nasi ayam. Sesuai juga dijadikan hidangan anak-anak.

Mari kita ikuti perkongsian dibawah ini

RESEPI AYAM LEMON LADA HITAM

Apabila emak bahasakan saya ‘cek’ dan bukan ‘kakak’, saya tahu emak hendak saya buat perkara yang disebutnya.

“Cek nak buatkah ayam perap cek tu?”

Lemon pepper chicken (Ayam lemon lada hitam).

Bahan perapnya sangat mudah. Dan ayam ini boleh dipadankan dengan nasi ayam, nasi putih ataupun salad (seperti yang saya buat di sini).

Tidak terlalu pedas, sesuai untuk kanak-kanak. Tidak juga terlalu tak berasa (bland/ ‘manja’), sesuai untuk dewasa.

“Tak apalah, mak, kakak buat.”

“Nanti cek ambil isi ayam mak beli sekilo.”

Siti Hazneza binti Abdul Hamid

Resipi dan penerangan pada setiap gambar

CARA MASAK AYAM LEMON LADA HITAM

1 kg isi dalam dada ayam- basuh bersih dan toskan air

  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam biji
  • ¼ cawan jus limau nipis/ lemon

Saya guna jus limau nipis yang biasa digunakan di kedai-kedai makanan Thai

Pindahkan ayam (bukan sotong kurita ya, itu bekas kalo) ke dalam bekas yang sesuai

Tumbuk/kisar kasar bahan perapan. Masukkan dalam ayam dan tambah garam secukup rasa

Gaul rata. Tambah lagi garam, jus limau nipis atau serbuk lada hitam jika perlu

Tutup dan biarkan.

Jika hendak masak dalam masa sejam, biarkan pada suhu bilik.

Jika hendak masak dalam masa yang lebih, simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ~15 minit sebelum masak.

Jika hendak buat stok ayam perap lemon lada hitam, biarkan dalam peti sejuk semalaman (~12 jam). Esoknya, toskan air perapan dan pindahkan ayam yang telah diperap ke dalam plastik kedap udara (ziplock bag) atau bekas yang sesuai dan simpan dalam tempat sejuk beku (freezer).

Apabila hendak dimasak, keluarkan ayam supaya hilang beku (thaw) dan biarkan ayam ke suhu bilik sebelum masak supaya tidak ada bahagian yang mentah

Untuk memasak, panaskan minya dan 2 sudu makan mentega/marjerin

Masukkan ayam apabila minyak-marjerin sudah panas.

Masak atas api kecil

Balikkan ayam apabila sebelah telah garing keemasan dan masak sebelah lagi supaya garing keemasan juga

Untuk dipadankan dengan ayam lemon lada hitam:

4 pokok romaine kecil (baby romaine)
1 biji timun
½ biji cili benggala hijau
½ biji cili benggala merah
1 genggam tomato ceri

Bina lapisan salad. Mulakan dengan potongan kasar romaine kecil dan tabur sedikit kuah salad pilihan.

Saya guna kuah salad dewi hijau

Timun dibelah empat memanjang dan dipotong kasar. Akan dapat bentuk segitiga kecil

Hiris serong cili benggala merah

Hiris ayam dan taburkan

Hiris serong ciri benggala hijau

Belah dua tomato ceri (atau biar sebiji-sebiji) dan tabur

Salad yang sesuai jadi satu hidangan lengkap ada sayur dan ada protein

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Siti Hazneza Abdul Hamid

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles