Ayam goreng antara hidangan utama yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan. Jika anda inginkan sedikit kelainan dalam memasak hidangan ayam goreng anda boleh cuba resepi Ayam Goreng Vietnam perkongsian Nurul Ateekah ini.
Rasanya yang Manis, masin, pedas, dan semestinya sedap disetiap gigitan ayam membuatkan susah untuk berenti apabila memakannya. Ianya sesuai dimakan bersama sos dan nasi.
Jom ikuti perkongisan resepi beliau di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Ayam Goreng Bawang Putih Viral, Crunchy Diluar Juicy Didalam. Memang Sedap!
RESEPI AYAM GORENG VIETNAM@ VIETNAMESE FRIED CHICKEN
Manis, masin, pedas, dan semestinya sedap disetiap gigitan ayam membuatkan susah untuk berenti apabila memakannya. Ianya sesuai dimakan bersama sos dan nasi.
PERINGATAN – ianya masin bukan kerana garam, tetapi kerana sos ikan Yang mempunyai rasa tersendiri dan memberi keseimbangan rasa pada masakan tersebut.
BAHAN-BAHAN :
- 1 kilo kepak ayam
- 1½ cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 6 ulas bawang putih(dicincang)&(digoreng)
- Daun ketumbar (2 sudu besar dicincang)
- Minyak masak(secukupnya mengoreng ayam)
BAHAN PERAPAN :
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil(Pes bawang putih@serbuk bawang putih)
- 1 kiub ayam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
BAHAN SOS MANIS MASIN@SWEET SALTY SAUCE :
- 3 sudu besar sos ikan
- 2½ sudu besar gula
- 2 sudu besar jus limau@lime juice
- 3 batang cili padi merah(dipotong)
CARA PENYEDIAAN DAN MEMASAK :
1. Didalam bekas@mangkuk besar,masukkan ayam dan bahan perapan. Gaul sebati dan perapkan sekurangnya 30 minit.
2. Untuk memasak SOS MANIS MASIN@SWEET SALTY SAUCE, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi dan panaskan diatas api sehingga gula larut dan sejukkan ketepi.
3. Panaskan minyak didalam kuali besar,letakkan chopstick atau kayu Lidi do tengah-tengah. Apabila minyak sudah mengelembung atau berbuih dipermukaan kayu lidi tadi, bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.
4. Sementara itu,sediakan mangkuk besar, masukkan tepung dan baking powder, dan salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu.
Kemudian, masukkan ayam tadi kedalam minyak panas. Goreng kan selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan.
5. Kemudian angkat ayam Yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika.
6. Di dalam minyak yang betul-betul panas tadi, masukkan semula ayam dan gorengkan Lagi 2-3 minit. Tujuannya agar ayam lebih rapuh@crunchy diluar dan lebih warna keperangan. Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.
7. Akhir sekali, sediakan bekas masukkan ayam tang telah digoreng keemasan tadi, bawang putih yang telah digoreng, daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan SOS MANIS MASIN pada ayam tadi.
Gaul rata atau sebati dan boleh dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Nurul Ateekah
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku