Resepi Ayam Bakar Ala Dominos Ni Penuh Rasa & Berjus. Puas Hati Makan!

Sajian ayam Roasted yang biasanya ditawarkan di restoran-restoran terkenal seperti Domino’s, Pizza Hut memang sedap dan enak.

Isi ayam yang empuk, dihidangkan bersama perapan sos yang enak membuatkan ia digemari ramai. Namun harga yang ditawarkan untuk sajian ini boleh tahan untuk 7-8 ketul ayam.

Jika teringin boleh sahaja anda membuatnya sendiri dirumah. Barulah puas hati makan, tambah-tambah mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Tak perlu beli mahal-mahal dah lepas ni.

Jom lihat resepi perkongisan Kuali Kak Has ini hanya menggunakan bahan-bahan yang biasanya tersedia di dapur. Memang simple bahannya tapi sedap sampai menjilat jari. Penuh perasa dan berjus.

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Ayam Bakar Black Paper, Memang Sedap & Juicy. Sempoi!

AYAM BAKAR ALA DOMINOS

Puas hati buat sendiri Ayam Bakar ala Dominos. Memang simple bahannya tapi sedap sampai menjilat jari. Tak perlu beli mahal-mahal dah lepas ni.

Untuk resipi ni, tak perlu perap sebab Kak Has terus masak bersama ayam. Tujuannya supaya sos melekat dan masuk dalam ayam, barulah sedap kan. Penuh perasa dan berjus.

Ayam Bakar ala Dominos

BAHAN-BAHAN :

  • Drummet ayam
  • 2 ulas Bawang putih – tumbuk
  • 2 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Garam
  • 1 sudu besar Marjerin
  • 1 sudu besar Serbuk cili
  • 5 sudu besar Madu
  • 5 sudu besar Sos cili
  • 5 sudu besar Sos tiram
  • 3 sudu besar Sos masam manis
  • 1 sudu besar Lada hitam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

  1. Bersihkan ayam dan masukkan semua bahan. Satukan dan gaul sebati.
    Ayam Bakar ala Dominos
  2. Masak di dalam kuali sehingga sos pekat dan ayam separuh masak. Tujuannya supaya ayam lebih berasa.
    Ayam Bakar ala Dominos
  3. Lapikkan aluminium foil dan susun ayam di atasnya. Tuangkan sos di atasnya.
    Ayam Bakar ala Dominos
  4. Bakar di dalam oven selama 40 minit pada suhu 180c.

HASILNYA

Ayam Bakar ala Dominos

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Kuali Kak Has

Related articles