Kebiasaanya kita masak atau makan tomyam kuah warna merah tu kan? Pernah tak cuba tomyam putih?
Tomyam putih asli Thai ini tidak menggunakan sebarang pes, dan rasanya juga berbeza dengan tomyam biasa yang kita selalu makan tu. Nak cuba buat?
Mari ikuti perkongisan resepi oleh Eqienura Mokhtar di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Ori Sambal Belacan Tomyam Padu, Perkongsian Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!
RESEPI TOMYAM PUTIH ASLI (PURE) THAI
Baru siap masak tom yam putih pure thai resipi. Takda pes-pes. Nak resipi tak?
Cara-cara dan bahan ada di setiap gambar ye.
BAHAN TUMBUK :
- Cili padi 5-10 biji (ikut tahap kepedasan yang disukai)
- Bawang putih 2 ulas
- Tomato cherry 4 biji (tomato besar lebih baik)
BAHAN TITIK :
- Serai 2-3 batang
- Lengkuas 1 inci
- Halia 1cm
- Cili padi 5 biji
- Bawang putih 3 ulas
BAHAN LAIN :
- Udang
- Sotong
- Bawang holand 1/2 biji
- Oyster mushroom
- Cauliflower
- Daun limau purut
- Daun ketumbar (optional)
- Air perahan limau nipis 2 biji
- Sos ikan
- Garam
- Gula (optional)
CARA MEMASAK :
1. Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato dan bawang putih yang ditumbuk. Biarkan kesemua bahan sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang sudah dititik. Guna api perlahan saja.
3. Masukkan juga bawang holland yang sudah dihiris. Guna separuh saja.
4. Biarkan sekejap sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran kesukaan anda. Jangan lupa letakkan tomato kerana ia penting dalam menambahkan rasa masam tomyam. Biarkan sampai mendidih.
5. Apabila sudah mendidih baru campakkan daun limau purut. Kalau masuk awal nanti kuah akan rasa pahit dan aroma hilang.
6. Letakkan satu senduk sos ikan. Masakan Thai kalau tak letak sos ikan ini memang tak sah. Kemudian perasakan juga dengan garam secukupnya.
7. Seterusnya masukkan udang yang sudah dibuang kepala. Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau tak perlu buang kepala dan jangan campur makanan laut yang lain. Itu rahsia dia baru tomyam akan jadi manis.
8. Akhir sekali masukkan sotong yang sudah dicelur sekejap dengan air panas. Sotong tidak dimasukkan awal kerana nanti akan terlebih masak dan menjadi liat.
9. Sebelum tutup api, masukkan satu senduk santan atau susu cair. Tunggu sehingga kuah mendidih, tutup api dan perahkan jus limau nipis.
10. Sebelum dihidang, letakkan sedikit daun ketumbar. Jangan letak banyak, nanti kuah rasa pahit.
TOMYAM POKTEK :
Tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. orang siam tambah gula paste siam sikit bagi manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak daun ketumbar jawa. Agak keras tapi layan je makan tomyam putih kat Bangkok kunyah sekali daun tu.

Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Eqienura Mokhtar
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku