Resepi Asam Pedas Melaka Asli. Ini ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu

Bila sebut Melaka antara yang popular adalah masakan Asam Pedas nya. Aromanya serta keenakkannya itu yang mebuatkan ramai orang teringat-ingat. Jadi tidak hairanlah jika ada orang yang sanggup memandu jauh ke Melaka hanya kerana ingin merasinya kesedapannya ketika menyapa dimulut.

Terkadang tertanya juga kan? Apa rahsia di sebalik keenakkan Asam Pedas Melaka ini. Sebenarnya anda juga boleh masak sendiri asam pedas yang sedap, kuah yang pekat dan padu macam di Melaka. Puan Liza Idris ada berkongsi rahsia dan resepi Asam Pedas Melaka Asli. Boleh lah anda cuba masak sendiri nanti. Jom ikuti perkongsian ini

CARA BUAT ASAM PEDAS ASLI

Nah, resipi Asam Pedas Melaka Asli. Rahsia kuahnya pekat, sedap dan padu saya kongsikan.

Makan je, terus terasa seolah berada di negeri Melaka Bandar Bersejarah

BAHAN-BAHAN KISAR :

  • 2 biji bawang besar size sederhana
  • 3 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Cili kering**

BAHAN-BAHAN LAIN :

  • Ikan pari @ apa-apa jenis ikan
  • 1 sudu besar Halda
  • 1 sudu kecil Gula
  • 2 batang Serai
  • 1 sudu paste Asam Jawa
  • 1 mangkuk air
  • Bunga Kantan
  • Garam
  • Tomato

CARA-CARA :

1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar.

2. 1 mangkuk cili kisar asingkan.

3. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.

4. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

5. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.

6. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu paste Asam Jawa. Kacau rata.

7. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau dan biar didih sedikit.

8. Masukkan bendi serta daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.

9. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.

10. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.

11. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.

12. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.

Mudah kan? Lepasni kalau mengidam, tak perlu susah-susah ke Melaka dah. Buat sendiri je!

HAH SIAP!

Sumber/Foto :  Liza Idris via My Resepi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Related articles