Jom cuba resepi asam pedas pari johor perkongsian Nor Khomariah Norrohman ini. Dahulunya beliau memang tidak pernah masak masakan ini, makan pun jarang-jarang. Bila dah kahwin menu ni sekurang-kurangnya seminggu sekali, dahulu tak pandai sekarang dah kena dengan selera suaminya.
Mari kita ikuti perkongisan beliau di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Ikan Pari Masak Lada, Lauk Orang Melaka Yang Sedap Tapi Ramai Tak Tahu. Rugi Tak Cuba!
RESEPI ASAM PEDAS PARI JOHOR
Asam pedas Johor, suami orang johor saya orang terengganu. Orang lain saya tak tahu, tapi kalau suami saya masak asam pedas Johor, daun kesum wajib letak katanya, kalau tak letak tak menjadi asam pedasnya, dia lah kata, saya ikutkan je, bunga kantan takada tak apa, kalau ada saya letak je. Sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti kene masak lauk asam pedas nie. Dulu tak pandai, sekarang dah kene seleranya. Hari ini masak asam pedas pari campur dengan ikang mayong.
Nah saya share resepi yang suami saya ajar.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg Ikan Pari ( Boleh juga guna ikan lain )
- 20 tangkai @cili kering direbus *
- 5 ulas bawang merah*
- 1 Biji Bawang Besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 2 inci kunyit hidup*
- 2 inci halia*
- Sedikit belacan* ( Yang nie ada orang letak ada yang tak letak tapi saya memang letak)
- 1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
- 10 tangkai daun kesum
- Bendi (terpulang nak banyak mana)
- 1 batang bunga kantan dibelah 2 – (kalau ada stok letak kalau takda takpe terpulang, say biasa tak letak pom tapi kalau ada letak je)
- 1 cawan air asam jawa
- Minyak untuk menumis ( minyak kene lebih ye, nanti nak mkn boleh senduk buang minyak tu)
- Air secukupnya
CARA-CARA MEMASAK
1. Kisar bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau, biar betul-betul pecah minyak tau.
3. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jangan cair ye biar pekat-pekat sikit, tp jangan pekat sangat, agak-agak lah ye.
4. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari masak.
5. Last masukkan bendi, tak payah lama sanagt nanti bendi lembek. Dah agak-agak lembut bendi tu, boleh tutup api. Dan sedia dihidangkan.
TIPS :
Sebelum beli pari pastikan cium dulu pari tu ye, kalau ada bau hanciing jangan beli, setakat ni alhamdulillah beli pari tak pernah lagi yang hanciing, tak payah segan-segan nk ciumm dulu, ciumm bau je kot
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Nor Khomariah Norrohman
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku