Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang, Kuah Pekat & Merah Memikat

Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang, Kuah Pekat & Merah Memikat. Memang Pada Dan Sedap

Asam pedas antara hidangan popular yang tidak asing dalam masyarakat kita. Pelbagai hidangan asam pedas yang lazat boleh kita nikmati antaranya asam pedas ikan sembilang ini.

Ikan sembilang mungkin jarang kita masak, namun sesekali anda perlu cuba resepi ini. Memang sedap dan berbaloi untuk dicuba terutamanya mereka yang menggemari masakan asam pedas. Sekali cuba masak di rumah pasti akan masak lagi pada masa akan datang.

Resepi  perkongisan Hasrunizah Hassan antara yang boleh anda cuba. Kuahnya yang pekat dan merah memikat. Jika campur pula dengan tomato atau bendi lagi kaw rasanya.

ADVERTISEMENT

Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG

Asam pedas ikan sembilang

BAHAN A:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Gula melaka

BAHAN B:

  • Ikan sembilang
  • Air asam jawa
  • Halba
  • Garam
  • Daun kesom
  • Belacan goreng

Asam pedas ikan sembilang

ADVERTISEMENT

CARA PENYEDIAAN :

1. Kisar dan tumis bahan A. Tumis bersama halba dan belacan goreng.

2. Apabila sudah garing masukkan air asam jawa. Dah mendidih baru masukkan ikan sembilang, daun kesom dan garam.

ADVERTISEMENT

3. Masak hingga mendidih dan sehingga ikan masak.

TIPS :

  1. Ikan sembilang dah disiang dan dibasuh direndam ngan air asam jawa pekat-pekat utk buang lendir dan hanyir. Rendam dalam 30minit, kemudian basuh dan bilas.
  2. Bahan tumis kena tumis betul-betul garing
  3. Nak pedas kick boleh letakkan lada hitam yang ditumbuk
  4. Nak variety letak sayur bendi

PETUA HILANGKAN BAU HANYIR IKAN SEMBILANG

Pagi tadi gi pasar, jumpa ikan sembilang hidup-hidup lagi.. Si penjual ajarkan tips macamana nak hilangkan bau hanyir ikan. Katanya buang urat-urat putih macam dalam video ni.

Dan ternyata petua ni menjadi.

Sumber/Foto/Video : Hasrunizah Hassan , Norliyana Asrani

ADVERTISEMENT

Related articles