Lembut, gebu dan sedap je apam puri perkongisan Zainoor Aliza Ali ini. Cantik juga kejadiannya, rasa sayang pula nak makan. Apam puri antara juadah kuih yang sering kita lihat dijual terutamanya di pasar-pasar malam. Bagi penjual yang mahir membuatnya sudah pasti hasilnya lembut dan sedap.
Ada pelbagai versi, ada yang letak inti kaya, perasa jem seperti strawberi dan juga isi kastard seperti resepi perkongisan Zainoor Aliza Ali. Cara menyediakan juga ringkas dan mudah.
Jika anda peminat kuih ini, anda boleh cuba buat sendiri dirumah. Lagi puas makan sebab biasanya memang tak cukup satu. Jom ikuti perkongisan di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Apam Susu Gebu Gebas. Makin Lama Putar, Makin Gebu Hasilnya
RESEPI APAM PURI LEMBUT & GEBU
BAHAN-BAHAN INTI APAM
- 1 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- ½ cawan santan (kara)
- ½ cawan perisa jagung
- ¾ cawan gula
- 2 sb tepung kastard
- 1 sb buttercup
- Garam
CARA-CARA PENYEDIAAN INTI APAM
1. Satukan kesemua bahan.kacau sebati.tapiskan ke dalam periuk.
2. Masak di atas api yg perlahan hingga likat.
BAHAN-BAHAN KULIT APAM
- 3 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 3 sb minyak masak
- 1 biji telur
- 1sk baking powder
- ½ paket yis
- Garam
- Pewarna
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Satukan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau sebati mengguna hand mixer. Biarkan/rehatka adunan dalam bekas kedap udara selama 25-30 minit.
2. Panaskan pan. Sapukan sedikit minyak, sendukkan adunan.
3. Bila dah mula menggelembung dah boleh angkat.
4. Isikan inti, tekap menggunakan acuan karipap.
SEDIA UNTUK DINIKMATI
Sumber/Foto : Zainoor Aliza Al
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku