Resepi Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw. Penyegar Tekak Dikala Dahaga

Sedapnya kalau dapat minum air sejuk yang menyegarkan tekak seperti Air Bandung Laici Cincau sedap kaw kaw ni. Yelakan, tambah lagi dalam cuaca Malaysia yang agak panas kebelakangan ni.

Mudah saja nak buat air ni, sekali sekala apa salahnya kan.

Mari ikuti perkongisan resepi oleh Ben Safwan di bawah ini.

RESEPI AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW

Yerlah, mana tak sedap bila bahan-bahan cukup dan air kosong langsung tak letak. Harapkan daripada air laici, air dari ais mencair.

Sukatan ni Ben buat untuk 2 jug saiz ni. Akak boleh bahagi dua jika perlu.

Oh ya tips rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 biji kurma merah
  • 50-60 gram cincau hitam

CARA PENYEDIAAN :

1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.

2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ben Safwan

Related articles