Resepi Agar-Agar Kelapa, Melegakan Tekak Ketika Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Ngam Habis!

Agar-agar atau puding antara resepi yang mudah untuk dicuba dan disediakan. Boleh dihidangakan sebagai menu melegakan dan menyejukkan tekak.

Antara resepi agar-agar yang boleh anda cuba adalah agar-agar kelapa ini. Resepi perkongsian Muhammad Ali ini ringkas dan mudah sahaja.

Mari kita ikuti perkongisan resepi beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Puding Strawberry Ni Memang Sedap. Sangat-Sangat Senang Nak Buat. Tak Muak & Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!

RESEPI AGAR-AGAR KELAPA

by Mr Ali. Resepi senang sahaja. Sesiapa pun boleh buat.

BAHAN-BAHAN :

Loyang 10 inci dan saya pakai 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa

BAHAN LAPISAN PERTAMA:

  • 1 setengah cawan air
  • 1 cawan air kelapa
  • 70g gula
  • 5 gram agar-agar serbuk
  • 60 gram santan kotak
  • 1 sudu kecil garam

BAHAN LAPISAN KEDUA:

  • 2 cawan air
  • 3 cawan air kelapa
  • 150g gula
  • 5 gram agar-agar serbuk

CARA PENYEDIAAN LAPISAN PERTAMA:

1. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air, 1 cawan air kelapa, 70g gula dan 5 gram agar-agar serbuk

2. Kacau sebati bahan diatas. Dah sebati baru on api. Perlahan saja, kacau dalam 2-3 minit

3. Kemudian baru masukkan 60gram santan kotak. Saya pakai santan KARA. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih

4. Bila dia dah mendidih, biarkan.. jangan kacau selama 2-3 minit. Lepas tu baru off api

5. Tuangkan dalam loyang

6. Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je.. means letak dekat luar je.. pastikan persekitaran anda bersih

CARA PENYEDIAAN LAPISAN KEDUA

1. masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.

2. Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap

3. Tapiskan

4. Ambil agar-agar lapisan pertama yang dah keras tadi. Cucuk sebanyak mungkin. Step ni PENTING supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat.

5. Tuang lapisan kedua sikit demi sedikit. Dah habis adunan, masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda

6. biarkan diluar selama 40 minit, baru sejukkan selama 2-3 jam.

7. Dah siap dan boleh makan.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Muhammad Ali

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles