Rendam Kerang/Lala Dalam Bahan Dapur Ini. Segala Pasir Melekat Akan Keluar & Auto Terbuka Selepas Masak

Kerang atau lala seperti yang kita maklum adalah hidupan yang hidup dikawasan berlumpur dan berpasir. Jadi ia perlu dibersihkan dahulu sebelum boleh kita nikmatinya. Selain itu bila dah masak ada juga kerang dan lala susah nak dibuka.

Kebiasaanya kita hanya fokus membersihkan pada bahagian luaran sahaja. Namun didalam kerang atau lala itu ada pasir-pasir yang masih melekat. Jadi petua ini akan sangat berguna kepada anda.

InsyaAllah, segala pasir yang ada didalam kerang dan lala akan keluar dan cengkeranya terbuka apabila dimasak. Jadi perlulah anda susah-susah kopek untuk memakannya. Jom ikuti perkongisan ini

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mudah Bersihkan Kerang. Hanya Guna Air Sejuk & Garam, Lagi Bersih Dari Guna Berus!

PETUA SUPAYA PASIR DALAM KERANG KELUAR HABIS DAN MUDAH TERBUKA SELEPAS MASAK

Cara mudah nak bersihkan kerang ni, guna tepung dan lada kering. Insha’Allah mudah dan bersih.

Kalau kerang masih ada selut, bersihkan dulu.

Lepas tu, rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Nanti kerang tu terbuka keluarkan kotoran yang kat dalam.

Nak rebus, didihkan dulu air campur serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam. Dah mendidih baru masukkan kerang.

Insha’Allah cantik kejadian, kerang mudah terbuka. Pedih agaknya kena lada.

PERUA SUPAYA PASIR DALAM LALA/KEPAH KELUAR HABIS DAN MUDAH TERBUKA SELEPAS MASAK

Assalamualaikum..

Ada tak yang macam sis…kalau nak masak lala,kepah dan spesies lebih kurang dengannya,rendam dahulu dengan cili kering@ cili burung. supaya semua pasir yang melekat kt dalamnya kuar habis.

Sumber/Foto : Fariza Basar & Azmira Ismail

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles