Rasanya Sebijik Macam Aiskrim Baskin Robbin. Guna 3 Bahan Sahaja

Rasanya Sebijik Macam Aiskrim Baskin Robbin. Guna 3 Bahan Sahaja

Cuaca panas sekarang ni memang tekak terasa nak makan benda sejuk sahaja. Antaranya aiskrim, memang segar dan sejuk je tekak bila dapat makan aiskrim waktu panas lit lit. Dapat pula Baskin Robbin lagilah syok.

Jadi bila teringin makan boleh buat sendiri sahaja. Boleh makan bila-bila masa yang kita suka. Kalau ikut resepi aiskrim ni memang serius sedap. Rasanya sebijik macam Baskin Robbin. Serius tak tipu!

Caranya mudah sahaja seperti yang dikongsikan oleh Ameera ini. Hanya guna 3 bahan sahaja.

RESEPI AISKRIM BASKIN ROBBIN

Ibu share lagi resipi 3 bahan termudah!

BAHAN-BAHAN :

  • Whipping cream 2 kotak
  • Milo 4 sudu besar
  • Susu pekat setengah tin

CARA-CARA :

1. Tidak perlu letak air.

2. Terus blender semua.

aiskrim baskin robbin

3. Dah blend masuk terus dalam tappawe.

aiskrim baskin robbin

4. Masuk dalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.

5. Dah jadi aiskrim ibu.

aiskrim baskin robbin

Baskin robbin buatan sendiri, walahhhhh! Tak percaya? Try la buat. Sumpah sedap.

aiskrim baskin robbin

Share la ibu halalkan

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ameera

Related articles