Rasa Lemak Manis, Ini Cara Buat Kuih Koci Labu Leleh Yang Sedap. Tak Rugi Cuba!

Kuih muih warisan tradisi memamg tidak mengecewakan. Sentiasa sedap dan mendapat permintaan ramai. Misalnya kuih koci labu ini. Rasanya yang lemak manis membuatkan ia antara kuih yang disukai ramai.

Hujung-hujung minggu ni apa kata kita buat dan hidangkan untuk santapan ahli keluarga. Sesuai dinikmati pada waktu pagi atau petang.

Nak membuatnya mudah sahaja. Boleh ikuti perkongsian resepi oleh Mas Cotek ini. Pasti menjadi dan sedap.

ADVERTISEMENT

Mari kita ikuti perkongisan resepi beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Mudahnya Buat Kuih Abuk-Abuk Sagu Ni. Kuih Nostalgia Yang Sedap!

RESEPI KUIH KOCI LABU LELEH YANG SEDAP

Koci Labu. Opah dah hampor tiko kome oiii. Moh le sape-sape nak juin. Kopi 0 pun ada ni. Banyak hari terasa-rasa terbayang-bayang kuih ni. Nak beli karang ade je tak kener dengan tekak ni hah.. Taraaaaa dah siap. Opah melayor yer… jelen-jelen ler. ada tu opah masukkan balik resepinya.

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN DOH:

  • 1/2 bj labu kuning 400gm
  • 3-4 cwn tepung pulut (bole tambah utk dpt doh yg lembut)

**jika doh keras boleh masukkan santan pekat sedikit

BAHAN-BAHAN INTI :

  • 3 cwn kelapa parut
  • 1 cwn gula merah
  • Gula pasir jika perlu(kalau kurang manis)
  • 1/2 cwn air
  • 1 helai daun pandan disimpul

*masak kesemua bahan sehingga kering, kemudian sejukkan. Opah suka inti basah-basah sedikit

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN DADIH :

  • 2 cwn santan pekat
  • 1 sudu teh (bumbung)tepung beras
  • Garam secukup rasa

*sebatikan dan kacau sehingga masak /meruap-ruap menggunakan api perlahan

  • Daun pisang secukupnya

CARA-CARANYA :

1. Labu yang siap direbus dilenyek dan masukkan tepung pulut sedikit-sedikit sehingga jadi doh yang lembut

2. Bentukkan doh dan masukkan inti

3. Didihkan air, rebus doh seperti buah melaka

4. Angkat dan toskan

5. Masukkan doh kedalam dadih dan bungkus

6. Kukus 10-15minit

Siap untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles