Ramai Yang Anggap Ia Perkara Kecil Tapi Ianya Sebaik-Baik Amal Di Sisi Allah

Ketika ditanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم

أفضل الأعمال أن تدخل على أخيك المؤمن سرور

“Apakah amal yang terbaik?”

ADVERTISEMENT

Jawab baginda Nabi صلى الله عليه وسلم  “Memasukkan kegembiraan kepada saudaramu yang beriman.”

Yang sūsah dihiburkan/digembirakan
Yang memerlukan bantuan dibantu.
Yang perlu dengan kata-kata indah agar terangkat kēsedīhannya, maka diucapkan kepadanya.

Terkadang kita lihat  ada terlintas status di Facebook misalnya tentang kehīlangan insan tersayang, diujï dengan ujīan misalnya atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan maka ‘gembirakanlah’ walaupun dengan sekadar ucapan seperti

Moga Allah سبحانه و تعالى‎ permudahkan urusan..’

ADVERTISEMENT

“Moga cepat sembuh.. take care..”

“ Sabar mat, Allah ujī tanda sayang, aku sentiasa doakan hang..”

ADVERTISEMENT

Semua itu sebahagian daripada menggembirakan orang lain yang anggapan kita perkara itu kecil tapi ianya sebaik-baik amal di sisi Allah سبحانه و تعالى‎

Jangan kamu menganggap remēh kepada satu perbuatan baik walaupun sekadar senyum kepada saudaramu.
Kadang-kadang senyum itu menghīlangkan kesūsahan yang dihadapi seseorang.

Abu Darda رضي الله عنه  sahabat yang mulia pernah menyatakan:

البِرُّ لاَ يَبْلَى وَالذَّنْبُ لاَ يُنْسَى وَالدَّيَّانُ لاَ يَمُوتُ، اعْمَلْ مَا شِئْتَ كَمَا تَدِيْنُ تُدَانُ.

Artinya: “Kebajikan itu tak kan pernah usang, dōsa tak kan pernah dilupakan, sedangkan Allah Maha Pēmbalas tak kan pernah matī. Lakukanlah apa yang engkau suka. Sebagaimana engkau berperilaku, maka demikianlah balāsan yang akan engkau rasakān.”

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles