Ramai Tak Sedar, Jadi Macam Mana Allah Nak Perkenankan Permohonan Kita?

BERDOA amat dianjurkan dalam Islam hinggakan mereka yang tidak berbuat demikian diumpakan sombong dengan Allah SWT.

Sebagai insan, sudah tentu tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengadu dan meminta pertolongan daripada orang lain, apatah lagi kepada Tuhan yang telah menciptakan semua makhluk di muka bumi ini.

Dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” (Surah Ghafir, ayat 60)

Ayat itu jelas menunjukkan, Allah SWT memberikan jaminan akan mengabulkan setiap permintaan ham’bâ -Nya yang berdoa kepada-Nya.

HAM’BÀ ATAU MAKHLUK

Semasa kami menziarahi Al Arifbillah Syeikh Paksu Hamid (Paksu Mid), Paksu ada bagitahu yang ramai orang minta paksu untuk berdoa minta dengan Allah supaya hajat mereka itu diperkenankan…

Macam-macam yang mereka minta hingga ada yang tak patut diminta pun mereka minta Paksu untuk doakan, Paksu marâh dengan orang macam ni..

Lalu Paksu suruh kami membuka tafsir Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 186 :

Firman Allah SWT :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِي وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ

Maksudnya : “Dan apabila ham’bâ ham’bâKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Paksu bagi penerangan sikit tentang ayat ni:

#1 – Allah itu dekat dengan ham’bâNya, Allah tak bagitahu Allah dekat dengan makhluk-Nya. Paksu bertanya kepada kami: “Adakah kita benar-benar telah menjadi hâm’bâ Allah?”. Kerana syarat dekat itu ialah hâm’bâ-Nya.

#2 – Allah kata, Allah mengabulkan permohonan orang yang berdoa tapi dengan syarat (dan siapa ada syarat ini, dialah ham’bâ Allah):

  • ▪︎Memenuhi (segala perintahku), yakni semua hukum hakam Allah perlu dilaksanakan, perlu ikut.
  • Yakin dan kene beriman sungguh pada Allah.
  • Dan sentiasa berada dalam kebenaran.

Allah itu dekat dengan ham-baNya…
Allah pasti akan perkenankan doa ham’bâNya…
Maka patuh, yakin, dan berada dalam kebenaran, kerana itulah sifat ham’bâ..
Kalau ham’bâ, mesti kerja dengan Allah baru dekat…

Kita baru jadi makhluk Allah, belum jadi ham’bâ Allah, macam mana Allah nak perkenankan permohonan kita?

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 – Sekarang ) oleh Tengku Yusuff

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah :

  1.  Syeikh Abu Bakar Palestin
  2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
  3. Pak Da Eil Mekah
  4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik – Pondok Lang-gar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .

Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

  1. Hilyatul Auliyak
  2. Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
  3. Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja .

Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Ma-ti. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa.

Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :

#1 – Pastikan diri sentiasa berwuduk.

#2 – Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.

#3 – Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala do-sa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api nera-ka.

#4 – Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan se-dih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.

#5 – Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat .

#6 – Sapa tak baca al-Quran, dia ben-ci kepada Allah.

#7 – Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Berikut disertakan waktu ziarah Pak Su Mid di rumahnya .

● Waktu Pertama : 9.00 pagi – 12.00 tengah Hari
● Waktu Kedua : 3.00 petang – 5.00 petang

Adap untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran , pen & kertas dan ikut waktu lawatan tersebut .

Alamat rumah Pak Su Mid – Kampung Kuala Pai , Bukit Tembaga , Kuala Nerang .

Moga Allah Taala memberi kesihatan yang baik buat beliau . Amin

#KenaliUlamak

Related articles