Rahsia Tukang Masak Thai, Buat Tom Yum Gong Ori Jadi Lebih Sedap! Rasa Masam Pedas Manis Lemak Berkrim Satu Rumah Puas Makan!

Ramai yang mengemari masakan tom yam tapi untuk membuatnya tak semua boleh buat seperti kedai masakan siam sediakan.

Seorang wanita bernama Fyza Shah mendedahkan resepi tom yum gong ori macam di kedai Thai. Menurutnya, resepi ini dikongsikan oleh tukang masak Thai sendiri. Kunci dalam resepi ini mesti ada sos ikan, hanya perlu ikut tips dan trick yang akan dikongsikan di bawah. Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Ikan Sambal Thailand. Memang Buat Terliur, Sedapnya Memang Lain Macam

RESEPI TOM YUM GUNG ORI

Rasa masam , pedas, manis masin lemak berkrim semua bersatu padu. Sebab tambah susu cair. Gerenti satu rumah puas makan.

Boleh nak letak santan tapi rasa berubah tak sama dengan susu. Ini tukang masak Thai tu yang cerita. Aku follow aja lah.

Kuncinya mesti ada sos ikan , dan ikut tips dan trick kat bawah ni. inshaโ€™Allah menjadiiii, kau orang kena cuba okehh. Dah terror bila bila teringin kau masak je sendiri.

Tak perlu udang besar lauk mewah, guna cendawan dengan ayam pun kuah sedap letops sangat sebijik macam makan kat Hatyai. Tak ada guna juga kiub ayam kiub tomyum semua. Rasa tetap mewah gais.

Dah jom masak.

BAHAN-BAHAN :

  • Isi ayam
  • Sotong (takde pun takpe)
  • Cendawan
  • Serai 2 batang
  • Bawang besar potong 4
  • Bawang putih ketuk
  • Daun limau purut
  • Daun Ketumbar
  • Limau nipis 2 1/2 biji
  • Cili padi
  • Lengkuas
  • Cili Thai Pes
  • Sos ikan
  • Susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus isi ayam sampai empuk. Pati ayam akan turun dalam air.

2. Selepas rebus, keluarkan isi akan dan ketepikan. Biarkan kuah pati ayam di dalam kuali.

3. Masukkan bawang, serai, lengkuas hiris, cili padi yang ditumbuk kasar-kasar ke dalam kuah pati ayam tadi. Rebus sehingga air dari bahan masuk ke dalam kuah.

4. Masukkan sotong. Tiada pun tidak mengapa.

5. Apabila sotong dah nak masak, masukkan Thai Cili Paste. Ini lah kunci dalam kebanyakan Tom Yum Gong. Dimana-mana supermarket, kedai runcit , pasar mesti ada jual.

Boleh juga beli kat sini ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Maepranom Thai Chili Paste

Ni Pes Cili Thai. Wajib ada. Key of Tom Yum ingredients.

6. Masukkan juga pes tom yum siam jika ada.

Ni pes Tom Yum. Tak letak pun takpe, kalau letak lagi umph

7. Masukkan cendawan.

8. Masukkan sos ikan (wajib ada!). Letak dalam 3 senduk jika masak banyak.

9. Biarkan kuah sebati terlebih dahulu, baru masukkan isi ayam yang direbus tadi.

10. Jangan lupa masukkan susu cair juga untuk rasa yang lebih berlemak.

11. Akan jadi creamy begini. Lawaaa. Tengok pun dah boleh lapar kan.

12. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dalam 2/3 biji. Masukkan garam gula secukup rasa. Kalau tak ok, tambah sos ikan pun boleh. Bab rasa ni lidah kita tak sama. Sendiri adjust

13. Taburkan daun ketumbar.

14. Siappp. Masam, pedas, lemak masin manis kuah semua lengkap dan seimbang.

Sebab tu tom yum siam ni sedap walau lauk tak mewah. Kuah tetap padu.

Dulu pernah letak la udang galah ke ketam ke, tetap tak dapat rasa kuah yang authentic Thai macam ni.

So belajar sesuatu kan? Selamat mencuba!

Sumber/Foto :ย  Fyza Shah via Rencah Rasa

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู…ูŽุณู’ุนููˆุฏู ุนูู‚ู’ุจูŽุฉูŽ ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑููŠูู‘ ุงู„ุจูŽุฏู’ุฑููŠูู‘ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุฏูŽู„ูŽู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฎูŽูŠู’ุฑู ููŽู„ูŽู‡ู ู…ูุซู’ู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑู ููŽุงุนูู„ูู‡ู.

ุตุญูŠุญ ู…ุณู„ู… ุŒ ูƒุชุงุจ ุงู„ุฅู…ุงุฑุฉ ุŒ ุจุงุจ ูุถู„ ุฅุนุงู†ุฉ ุงู„ุบุงุฒูŠ ููŠ ุณุจูŠู„ ุงู„ู„ู‡ ุจู…ุฑูƒูˆุจ ูˆุบูŠุฑู‡ุŒ ูˆุฎู„ุงูุชู‡ ููŠ ุฃู‡ู„ู‡ ุจุฎูŠุฑ ุŒ ุญุฏูŠุซ ุฑู‚ู… 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡, beliau berkata : Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami diย @viralmalaysiakuย untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles