Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Kena Tumis Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar

Masakan berasaskan sup sangat disukai ramai tidak kira lapisan umur dan masyarakat terutamanya sup tulang. KSup tulang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi jika dinikmati sewaktu masih panas. Memang nikmat!

RESEPI RAHSIA SUP TULANG SEDAP

Diantara menghasilkan sup tulang yang sedap ialah dimana keistimewaannya terletak pada rencah supnya yang di perbuat sendiri akan memberikan rasa sup yang pekat dan sungguh asli. Selain itu juga antara rahsia sup tulang rasa lebih sedap, boleh cuba tumis batang saderi dan lobak merah yang dikisar. Dijamin lagi sedap!

Ini resepi yang dikongsi oleh Puan Fazniza Razali, mari kita ikuti perkongsian ini

Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Yang saya tunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.

BAHAN-BAHAN 1:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • Halia dalam 2 ketul
  • 1 sudu ketumbar

Kisar bahan ini sampai halus.

BAHAN-BAHAN 2:

  • 3 batang sadari
  • 1 batang karot

Bahan ini pun dikisar sampai hancur.

BAHAN-BAHAN 3:

  • 3 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk serbuk sup

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 2kg tulang
  • 5 biji kentang (dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar (dibelah 4)
  • Air

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 yang sudah dikisar hingga bau wangi.

2. Kemudian masukkan bahan 2 yang sudah dikisar dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

3. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.

4. Tambah air lagi jika tulang belum empuk dan ulang sehingga empuk. (sekitar 1 jam setengah)

5.Bila dah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dibelah.

6. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.

7. Biarkan dalam 10 minit sehingga ubi kentang empuk.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa taburkan juga bawang goreng dan daun sup.

Siap! Selamat mencuba.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Foto : Fazniza Razali via My Resepi

Related articles