Rahsia Seseorang Boleh Terlindung Daripada Sihir Dan Gangguan Jin

Sīhīr secara ringkasnya merupakan satu perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaīb sama ada syaītān atau jīn yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakītī, memūdaratkān atau mengelīrukan manusia.

Di dalam satu wawancara, ditanyakan oleh pengacara satu soalan kepada Syeikh Wahid Abdus Salam Bali apakah cara atau rahsia seseorang boleh berlindung daripada sīhīr? Lalu Syeikh menceritkan satu kisah yang berlaku kepadanya ketika meruqyah sepasang suami isteri. Berikut adalah pengkongsian syeikh didalam wawancara tersebut

Pada suatu hari saya meruqyah seorang wanita bersama suaminya, lalu jīnnya berbicara :

“aku tidak akan keluar..”

“kamu harus keluar..” jawabku

“.. yang penting saya akan membacakan Al-Quran sampai kamu terbakar..”

Singkatnya aku pun duduk membacakan ayat, jīn berkata : ‘ tunggu! tunggu! .. ‘

Jīn itu berkata lagi, ‘baik aku akan keluar tetapi dengan satu syarat’

Apa syarat itu? ‘ tanya Syeikh Wahid Abdus Salam Bali kepada Jīn tersebut

Lalu jīn itu menjawab, “Aku akan keluar dan akan masuk kedalam tubuhmu..”

Jawab Syeikh Wahid : ‘Silakan, masuk sahaja..”

Jīn berkata : ‘ tunggu! tunggu sebentar ya syeikh.. jika aku masuk kedalam tubuhmu, anda akan pēngsan, lalu siapa yang akan mengubatīmu?’

Syeikh menjawab kembali : ‘ sudahlah, masuk sahaja..’

Maka jīn itu terdiam sejenak lalu secara tiba-tiba jīn itu menangīs. Syeikh bertanya : ‘Apakah yang membuatmu menangīs?’

Jīn itu menjawab : ‘Hari ini, jīn apapun tidak bisa masuk kedalam tubuhmu .. ‘

Kenapa? tanya syeikh kepada jīn.

Jīn menjawab : Kerana anda setelah subuh membaca  لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ sebanyak 100 kali..’

Lalu Syeikh berkata, benarlah sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Sesiapa yang mengucapkan

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disēmbah melainakan Allah yang Esa, tidak ada sekūtu bangiNya, bagiNya segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu”

sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 orang hambā sahaya, dicatit baginya 100 kebaikkan dan dihapūskan daripadanya  100 kēbūrukan dan baginya perlindungan daripada godaan syaītān pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang mengamalkan lebih banyak itu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi صلى الله عليه وسلم  menyatakan bahawa sesiapa membaca zikir tersebut sebanyak 100 kali pada satu hari, maka antara ganjaran baginya adalah dirinya akan terjaga daripada gangguan, godaan syaitan dari pagi hingga petang hari.

Inilah awal bēnteng seorang muslim dalam menjaga dirinya.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles