Rahsia Masak Ayam Masak Merah Yang Cantik Berkilat, Harum & Tahan Lebih Lama. Ini Resepinya!

Hidangan yang masih disukai ramai dan sedap rasanya. Bukan itu sahaja, di kenduri kahwin mesti ada hidangan Ayam Masak Merah ini. Boleh cuba resepi ini, ada tips lagi supaya ia cantik berkilat dan tahan lama.

Jom try.

Terima kasih Jom Masak untuk perkongsian resipi Ayam Masak Merah ini.

RAHSIA AYAM MASAK MERAH YANG CANTIK BERKILAT, HARUM & TAHAN LEBIH LAMA

Dah try buat ayam masak merah tapi rasanya tetap tak sama macam yang kita makan di kenduri kahwin kan. Apa kata korang try pula resepi ni, bukan saja bau, rasa tetapi warnanya pun akan buat korang teringat ingat tau dan yang paling penting resepi ini tahan lebih lama, tak cepat berbau macam sesetengah ayam masak merah yang kita buat tu haaaa.

Tak percaya ?

Rupanya ayam masak merah lebih sedap dimasak tanpa santan, lebih berkilat dan merah warnanya serta lebih tahan lama tau. Rahsianya selain tidak perlu meletakkan santan, masukkan minyak sapi diakhir akhir masakan supaya bau minyak sapi tu semerbak mengharumkan lagi masakan kita ni selain aroma pandan dan serai.

So, silakan cuba sendiri dirumah okey!

Jom kita semak apakah bahan bahannya.

BAHAN A :

  • 1 ekor ayam atau mana mana bahagian yang anda suka

BAHAN B (KISAR HALUS) :

  • 3 biji bawang besar
  • Seketul halia
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

BAHAN LAIN :

  • 3 senduk cili kering kisar atau pes cili kering
  • Rempah empat sekawan
  • 1/2 tin kecil tomato puri (110 gram)
  • 1 cawan minyak lebihan gorengan ayam untuk menumis
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 batang serai diketuk

CARA PENYEDIAAN :

1. Mula-mula, bersihkan ayam, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga separuh garing atau garing sesuai selera. Ketepikan sebentar.

2. Masukkan minyak gorengan ayam tumis rempah 4 sekawan. Masukkan daun pandan dan serai. Tumis sehingga harum.

3. Masukkan pes kisar.

4. Masukkan cili kering kisar. Masak perlahan sehingga terbit minyak.

5. Masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puri.

6. Perasakan dengan sedikit gula dan garam secukupnya.

7. Masukkan ayam goreng. Gaul sebati.

8. Kemudian barulah dimasukkan minyak sapi. Bau harumnya akan lebih ketara jika dimasukkan disaat saat akhir.

9. Akhir sekali, taburkan dengan hirisan daun bawang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

TONTON VIDEO LENGKAP DIBAWAH

Klik sini >>>> RAHSIA AYAM MASAK MERAH YANG CANTIK BERKILAT, HARUM & TAHAN LEBIH LAMA

Sumber/Foto/Video : Jom Masak

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles