Rahsia Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Dan Tak Liat

Antara cara ataupun petua untuk ikan bilis rangup selepas digoreng ada terus goreng ikan bilis tanpa membasuhnya terlebih dahulu.

Bagi mereka yang mementingkan kebersihan maka cara ini tidak sesuai digunakan. Boleh jadi ikan bilis yang dibeli dalam keadaan yang kurang bersih/kotor.

Nak tak nak, memang kena basuh dulu baru kebersihan terjamin. Jangan risau, ada cara untuk memastikan ikan bilis yang dibasuh bersih ini kekal rangup selepas digoreng malah Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat.

Rahisan dan cara ada seperti perkongsian oleh Liza Idris di bawah ini.

BACA JUGA: Petua Supaya Sotong Dimasak Tak Mengecil Saiznya Dan Berbau Hanyir

TIP IKAN BILIS GORENG KEKAL RANGUP

Meh sini nak share petua ikan bilis goreng kekal rangup. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ni berkesan untuk digunapakai. Caranya ada pada setiap gambar ya. Selamat mencuba.

#KakLizaMasukDapur

Saya suka goreng dan simpan buat stok. Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat.

CARA-CARANYA :

1. Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye.

Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.

2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.

3. Renjiskan cuka ikut keperluan.

Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup

4. Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan.

Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup

5. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.

6. Dah garing, angkat dan toskan minyak.

Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup

7. Siap. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.

Saya suka goreng dan simpan buat stok. Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Liza Idris

Related articles