Cendawan goreng tepung antara hidangan yang disukai ramai.
Penyediaanya cukup ringkas, mudah dimasak dan rasanya memang sedap. Jadi tidak hairanlah mengapa ia disukai ramai hatta kanak-kanak sekalipun.
Nak dapatkan cendawan goreng tepung yang sedap, tak berminyak dan rangup ada caranya. Ikuti sahaja perkongisan Norzaliza Eja ini. Anda pasti berpuas hati.
ADVERTISEMENT
Mari ikuti perkongsian di bawah ini.
BACA JUGA : Rahsia Buat Kerepek Pisang Rangup & Berlemak. Tambahkan Bahan Ini Ketika Menggoreng!
CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP
BAHAN-BAHAN :
- Cendawan
- 1 cawan tepung ubi
- 1 cawan tepung jagung
- 4 sudu tepung bestari
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN :
- Cuci cendawan dan keringkan guna tisu dapur.
- Pecahkan telur dalam mangkuk.
- Sediakan bekas yang ada penutup, campur kesemua tepung tadi, garam dan serbuk lada hitam. Goncangkan.
- Panaskan minyak, minyak letak banyak sikit. Api jangan kuat sangat.
- Gaulkan cendawan dalam telur angkat dan golek-golek/goncangkan dalam tepung dan goreng.
Selamat mencuba!
ADVERTISEMENT
Sumber/Foto : Norzaliza Eja
ADVERTISEMENT