Rahsia Buat Ayam Roasted Yang Giler Sedap, Garing DiLuar Lembut Didalam. Guna Air Fryer Je!

Nak dapatkan ayam roasted yang sedap ‘giler’ dan padu ala hotel dan restoran, boleh guna air fryer saja. Resipinya pun sangat mudah. Campak-campak dan tunggu bunyi tingggg.. Siap.

ARTIKEL BERKIATAN : Cara Goreng Ayam Rangup Tanpa Minyak Menggunakan Air Fryer. Memang Menjadi!

CARA BUAT AYAM ROASTED YANG GILER SEDAP GUNA AIR FRYER

Tersangat sedap la resepi dari wander Asia ni. Cara pon mudah dan sangat senang.

Guna bahagian Thigh sebab nak yang bertulang-tulang baru best. Rasa juicy betul, korang wajib cuba masak untuk anak-anak mesti suka sangat.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

  • Daging ayam
  • Bawang putih (dicincang)
  • Serbuk lada hitam
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Gula
  • 1 sb tepung jagung

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Potong beberapa ketul ayam, pilih bahagian thigh untuk kenikmatan berganda.

2. Masukkan bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap dan gula.

3. Masukkan tepung jagung. Gaul sekata.

4. Marinate selama setengah jam.

5. Bakar 180C selama 20 minit. Alihkan dan bakar 10 minit lagi.

HASILNYA

Rangup diluar, lemnut didalam. Tersangat sedap

Selamat mencuba.

Sumber : Wander Asia via Nahar Efendy Noordin | Facebook

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles