Punca ‘Huru-Hara’ Yang Berlaku Pada Hari Ini. Ramai Yang Tak Sedar

Yang jadi huru-hara dunia hari ini,  sama ada pada masalah ilmu syariat atau ilmu dunia ini,

kerana Jahil Murakkab kerana ramai yang Jahil Murakkab nak bercakap. Jahil Murakkab nak bercakap… Bahkan lebih teruk lagi dia tidak tahu yang dia itu jahil..

Sebab Murakkab itu tersusun daripada dua jahil. Pertamanya iaitu عدم العلم بالشئ (tiada tahu dengan sesuatu) dan yang kedua عدم العلم بأنه لا يعلم (tak tahu bahawa dia tidak tahu)

ADVERTISEMENT

Bahkan ada lagi istilah lain yang disebut oleh ulama kontemporari, sebahagiannya Syeikh Abdul Qadir al-Husain iaitu جاهل مكعب (Jahil Berkotak). Basit ni dua lapis jadi bila dia jadi tiga dia akan jadi tiga dimensi. Jadi macam kiub, Muka’ab. Dia ada satu lagi dimensi, dia jadi Muka’ab, jadi berkotak.

Jahil apa satu lagi?

Dia tidak tahu hakikat sebenar. Dia tidak tahu yang dia tidak tahu dan dia bagitau orang bahawa dia tahu. Sebenarnya cukup dah syarat dia nak ro’sak dan mero’sakkan orang lain. نعوذ بالله من ذلك

Dia bagitau orang bahawa dia tahu. Orang lain pula yang jahil. Dia kata aqidah dia lah yang sebenar. Salaf al-Shalih. Aqidah orang lain itu bukan salaf, aqidah orang lain itu Salah dia kata .. Bid’ah, Syirik lagi.. Apa yang orang lain buat (amal/i’tiqad) itu syirik. Yang dia sahaja betul, yang salaf. Dia seru pula orang dan dia kata yang dia tahu.  نعوذ بالله من ذلك

ADVERTISEMENT

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

ADVERTISEMENT

DUNIA FIT’NAT AKHIR ZAMAN

Allah سبحانه و تعالى telah berfirman dalam surah Al- Asr:

Maksudnya ; “Demi masa!. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan (mereka) yang berpesan pesan dengan kebenaran, dan (mereka) yang berpesan pesan dengan kesabaran.”

Kalimah ‘Al Asr’ dalam ayat ini menandakan kesuntukan dunia. Menandakan seolah-olah dunia ini sedang berada di hujung waktu. Lalu, Allah سبحانه و تعالى mengatakan manusia yang istiqamah menegakkan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran, maka inilah golongan yang tidak akan ru’gi pada fasa akhir zaman ini.

Mengapakah Allah سبحانه و تعالى mengaitkan tentang masa yang telah berada di penghujungnya, dengan kebenaran dan kesabaran?

Ini sebagai isyarat kepada kita bahawa dunia akhir zaman ini dipenuhi dengan ujian. Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

Maksudnya: “Tidak akan berlakunya kia-mat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fit’nah-fit’nah dan banyaknya pembu-nuhan.” (Riwayat Al Bukhari).

Maksud Fit’nah adalah sesuatu ujian, huru hara, ben-cana, atau sesuatu yang membawa makna ku-fur. Maka segala bentuk kecelaruan, peni-puan dan bencana seperti Co’vid-19 ini terzahir satu peristiwa menjelang Kia’mat.

Hari ini fit’nah akhir zaman melanda kehidupan kita dari segenap penjuru dan ruang. Fit’nah tidak mengenal orang besar atau peniaga jalanan. Fit’nah tidak membezakan orang jahil atau ilmuan. Fitnah tidak pernah mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda, ku’fur atau bertaqwa. Ia datang dan cuba menggugat iman agar tergelincir, mengha-sut umat agar kucar kacir.

Perhatikanlah! Betapa banyak kehidupan yang musnah angkara fit’nah dan peni-puan akhir zaman. Dari sebesar besar benda, hingga sekecil kecil perkara, dunia hari ini telah diselubungi oleh peni-puan. Pada hari ini, sukar untuk kita mendapatkan berita yang benar, kewujudan aplikasi media sosial yang tidak terbendung, menyebabkan bercampur aduk maklumat yang sahih dan palsu, hingga umat jadi keliru, siapa teman siapa seteru.

Umat Islam berba’lah hanya kerana satu dua video di media sosial yang pendek di media sosial. Kita mula bercakap dan menjatuhkan hukum, seterusnya menyebarkan a’ib, hingga tercetus perbalahan dan fit’nah, hingga berlaku saman menyaman.

Akhirnya ia tidak mendatangkan apa apa keuntungan, melainkan keru-gian sahaja. Allah سبحانه و تعالى berfiman di dalam Al Quran, surah Al Hujarat ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fa’sik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahi-lan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Hari ini angkara peni-puan dan fit’nah, telah berapa banyak rumahtangga yang musnah, hubungan kekeluargaan yang punah, silaturrahim yang terpisah, dan airmata yang yang tertumpah. Ma’langnya, fit’nah akhir zaman yang sepatutnya dihindari, namun ramai yang berpusu- pusu terjun ke dalamnya. Maka jadilah kehidupan dunia hari ini, te-nat dan melarat.

Peni-puan bukan sahaja di pentas politik besar, ia turut berlaku di dalam pasar, atau dihujung jari, atau didalam kamar sendiri. Apa yang lebih dikesalkan, kadangkala produk kesihatan pun, ditipu maklumatnya, oleh iklan dan peranan media maya. Minuman yang dipenuhi gula dikatakan berkhasiat, snek yang dipenuhi ki’mia dikatakan makanan berzat. Begitu juga ramai yang telah terpedaya dengan aktiviti scam-mer. Macau scam-mer misalnya telah mengakibatkan keru’gian jutaan ringgit disebabkan peni-puan atas talian.

Sukar bagi kita untuk mendapatkan kebenaran hinggakan apa yang batil itu akan terlihat benar dan yang benar itu sukar dipastikan. Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Bersegeralah kamu melakukan amal soleh sebelum datangnya fit’nah yang seperti potongan-potongan malam yang gelap gelita. Iaitu seseorang yang pada waktu paginya beriman, tetapi dipetang hari sudah menjadi ka-fir.” (Riwayat Muslim)

Segala fit’nah dan peni-puan yang menyebabkan segala huru hara hari ini, paling tidak mampu dikurangi dengan masing masing bermuhasabah, berlaku jujur dan mendaulatkan kebenaran. Jujurlah dalam kepimpinan, peniagaan dan kehidupan. Kerana sabda nabi صلى الله عليه وسلم:

Maksudnya: “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukan kamu kerana kebenaran atau kejujuran itu adalah ketenangan dan sifat dus’ta itu mendatangkan keraguan.” (Riwayat Tirmidhi)

Barangkali hari ini kita gembira mencipta dan menyebar peni-puan dan fit’nah, dilain kali mungkin kita pula yang menjadi mangsa. Justeru jadilah kita muslim yang hebat, demi membentuk umat yang kuat, agar bila datang fit’nah yang lebih besar yakni daj-jal, kita tidak mudah tergugat.

Seharusnya kita memberi perhatian kepada beberapa perkara berikut:

Pertama: Senantiasa menyelidiki setiap maklumat dan berita yang sampai kepada kita, terutamanya di media sosial.

Kedua: Tidak menjadi terlalu tak’sub terhadap sesuatu kelompok kumpulan atau pertubuhan hingga menyebabkan terputusnya silaturrahim.

Ketiga: Menjauhkan diri dari fit’nah, atau terlibat menjadi salah seorang yang mencetuskan fit’nah. Dan akhir sekali: Mendekatkan diri kepada Allah سبحانه و تعالى dengan solat, berdoa agar diri serta keluarga dilindungi dari bahaya fit’nah akhir zaman.

 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles