Amalan istighfar
Saya nak kongsi ilmu pada sahabat, tentang istighfar ni, amālan arwah Tok Guru Baba Aziz رحمه الله dari Kelantan semasa masih hidup.
Dia kalau datang Kemaman, saya dan suami selalu jumpa dia. Dia selalu cakap pada saya dan suami.
Kita kena banyakkan istighfar. Hari-hari istighfar jangan tinggal, tetapi arwāh Baba bagitahu saya, hanya sebut Astaghfirullahal’azim ( اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ ). Tu saja sebutannya. Arwāh suruh baca Hari-hari sebanyak 300 kali. Jangan tinggal. Lepas saja kita istighfar, kita angkat tangan berdoa pada Allah سبحانه و تعالى mohon keampūnan dulu. Lepas tu barulah kita mohon hajat kita.. Insyaallah..
Allah سبحانه و تعالى akan tolong kita dalam segala masālah, dari kesempītan rezeki dan segala masalah kita yang tak boleh kita selesaikan. Allah سبحانه و تعالى akan selesaikan.
Ada seorang hamba Allah سبحانه و تعالى di Kemaman, anak dia hīsap dādah. Ayah dia dah pūas berubat. Macam-macam, tapi anak dia tetap hīsāp dādäh. Sehinggalah dia jumpa arwah Baba Aziz. Baba hanya bagitahu dia. Kamu kena baca istighfar sebanyk 300 kali sampai 41 hari jangan tinggalkan biar cukup 41 hari, kalau tertinggal. Kena ulang semula sampai 41 hari.
Suami isteri kena baca. Berkat dengan keyakinan tu, mak dan ayah dia baca, Alhamdulillah, anak dia menjadi pulih. sembuh dari ketagīhan mēnghīsap dādäh..
Tok Guru kata, “kadang-kadang kita tak sedar masa zaman muda kita. Kita Ada buat salah. kita tak minta ampun pada Allah سبحانه و تعالى . Tu Allah سبحانه و تعالى beri pada anak-anak kita atau anak cucu kita. Dugaan pun tu atau sebaliknya.”
Saya teringat pesannya. Kalau ada masalah apa-apa. Istighfar hari-hari sebanyak 300 ratus kali. InsyaAllah. Allah سبحانه و تعالى akan permudahkan segala masalah kita. Bacaannya pendek. Astagfirullahal’azim ( اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ ) tu saja sebutannya. Amalkan setiap hari
InsyaAllah segala masaalah besar atau kecil. Allah سبحانه و تعالى akan tolong.
Tok Guru kata. Ibarat kita nak sesuatu daripada Allah سبحانه و تعالى, tapi kita tak minta ampun dōsa-dōsa kita dengan Allah سبحانه و تعالى . Macam mana Allah سبحانه و تعالى nak kabulkan doa kita. Sebab kita dinōdai dengan dōsa-dōsa. Tak kira dōsa kecil atau besar.
Kalau kita tak minta ampun dariNya. Mana boleh minta terus tanpa kita memohon keampunan pada Allah سبحانه و تعالى .
Pakat-pakat kita nanti amal okay
Fudayl Bin Iyad رحمه الله pernah berkata; “Setiap kali isteri, anak-anak dan keldaiku melawan perintahku, aku akan bermuhasabah, APA MAKSĪAT YANG TELAH AKU LAKUKAKAN. Selepas bertaubat, aku segera melihat perubahan dalam diri mereka.”
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku