Power Of Sedekah, ‘Simpan Tak Kaya, Bagi Tak Miskin’

Di dalam satu hadis yang di riwayat oleh Imam Muslim, dari Abu Hurairah رضي الله عنه , bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta manusia.

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta…”

ADVERTISEMENT

dan juga hadis yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

“..sedekah memadamkan dosā seperti air memadamkan apī.”  (Riwayat At Tirmizi No.2616)

Dalam kehidupan seharian kita banyak kisah-kisah keajaiban sedekah yang kita baca atau yang kita pernah lalui yang memberi pengajaran kepada diri kita mahupun orang lain. Antaranya kisah yang dikongsikan oleh Fazrul Nizam Angah ini.

ADVERTISEMENT

Dalam aku berniaga ni, aku juga memerhati.

Ada sorang abang ni … dia memang dah 3-4 hari lalu naik moto. Pakai sling bag Carhartt bundle. (Ada taste)Aku suka bag Carhartt dia. aku panggil dia brader Carhartt.

ADVERTISEMENT

Tengok durian… turun motor.. naik motor balik… beli burger kat sebelah gerai durian aku.. sengih senyum peramah je.. tapi tak beli. Jelīng je.

Brader Carhartt: Kau punya durian ni murah. Kat Pasir Gudang mahal lagi..

Dan..

Setelah 4 hari

Dia turun motor dan terus tanya..

Brader Carhartt: “Der,durian mana yang isi dia paling power sekali kat sini? Nak belanja anak-anak makan la.”

Aku: D13 bosku.. Golden Bun nama jōlokan dia.. isi oren tapi tiada rasa oren langsung (aku buat lawak biasanya customer akan ketawa)

Dan dia ketawa.

Brader Carhartt: memanglah, kalau rasa oren ,kawan pulang balik. Hahahaha…

Aku: Bro,duduk mana?

Brader Carhartt: belakang ni… dah hari-hari kawan lalu nak beli durian kau ni tapi belum gaji… hari ni sudah gaji.. hehehehe… ini durian anak kawan punya.

Aku: ooo..baru balik kerja la ni? Kerja kat mana ?

Brader Carhartt: Pasir Gudang.

Aku: Pasir Gudang?? Naik moto Lagenda ni? Hari-hari?

Brader Carhartt: haah. (Dia senyum)Alhamdulillah aku ada keje. Kawan-kawan ramai yang takde keje. Jauh pun ku gagahī jua…chewah..

Aku: Alhamdulillah (aku bukak durian tunjuk isi oren D13) camno bos? Cantik tak? RM26.

Brader Carhartt: indah sungguh ciptaan Tuhan. Boleh.

Aku: bang,udang merah ni kawan belanja.

Dalam aku berborak ni..ada customer lain suami isteri juga memerhati kami.

Customer suami isteri dah siap bayar dan bergerak naik kereta.

Tiba-tiba, dia patah balik.

Turun dengan laju.

Tahan Brader Carhartt.

Dan dia belikan ioi sebiji untuk Brader Carhartt.

Lalu dia pun bergerak pulang.

Aku belajar banyak.

Niat Brader Carhartt belanja anak makan. Allah tambah rezeki dia dengan aku belanja Brader Carhartt dan Customer tak dikenali pun join belanja Brader Carhartt.

Sesungguhnya tidak akan miskīn dan berkurangan harta dengan bersedekah.

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (Hadis Riwayat Muslim)

Petang ni dalam jam 1 petang kawan mula niaga Durian di depan Klinik Adham,Desaru Utama.

Sementara musim masih ada, kita kāyuh lāyan.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles