Polis Trafik Halang Laluan, Ingatkan Agong Nak Lalu. Tiba-Tiba Seorang Lelaki Berbaju Biru Meluru Ke Tengah Jalan, Ini Yang Dilakukannya

Di Malaysia, pihak berkuasa seperti Polis Trafik, PDRM mahupun polis mengiring diberikan kuasa dan tugas untuk menghalang laluan kenderaan untuk diberikan kepada konvoi/individu berjawatan penting di dalam negara seperti Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, VVIP dan lainnya.

Ini adalah amalan ataupun prosuder biasa yang kita dapat lihat di atas jalan raya dan rakyat Malaysia umumnya mengetahui akan perkara ini.

Namun, ada satu video yang menarik perhatian netizen apabila kelihatan 2 anggota polis trafik menghalang laluan kenderaan di satu persimpangan.

ADVERTISEMENT

Ramai pengguna jalan raya merasa pelik kerana tidak kelihatan polis pengiring mahupun kenderaan VVIP yang akan menggunakan jalan tersebut.

Apabila diperhatikan menerusi video tersebut ternyatan persoalan yang berlegar terjawab.

Kelihatannya seorang lelaki berbaju biru meluru ke tengah jalan raya kerana melihat ada seeokor kucing yang meronta-ronta tidak mampu berjalan. Lelaki itu berusaha untuk mengangkat kucing tersebut.

ADVERTISEMENT

Pada masa sama dua buah motosikal yang ditunggang oleh polis trafik berhenti di tengah simpang dan tidak membenarkan semua kenderaan untuk bergerak ke hadapan.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, kucing tersebut telah di bawa ke klinik berhampiran namun tidak dapat dipastikan keadaan kucing tersebut.

Video tersebut membuatkan ramai pengguna media sosial berasa kagum terutamanya kepada pencinta haiwan. Rata-rata pengguna media sosial berterima kasih dan kagum kepada lelaki dan anggota trafik tersebut yang telah berusaha untuk menyelamatkan kucing tersebut.

SALUTE PADA SEMUA YANG MEMBERIKAN KERJASAMA

TAHNIAH ABANG POLIS DAN ABANG YANG ANGKAT KUCING

TERBAIK, TIDAK PILIH MASA UNTUK BERKHIDMAT

ERTI KEMANUSIAAN SEBENAR

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku


Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Video : Viral JeJer, Infokini, I Muslim Network

ADVERTISEMENT

Related articles