Bagi mereka yang suka berkebun atau menanam pokok sayur-sayuran walaupun secara kecil-kecilan di tepi rumah menjadi satu kepuasaan apabila tanaman yang dihasilakan subur dan mengeluarkan hasil. Lebih menerujakan hasil tanaman itu dapat dituai dan makasan untuk seisi ahli keluarga. Perasaan puas itu lain.. yela kan sebab sayur itu kita tanam, kita siram, kita jaga sampai hasilanya dapat di tuai.
Lebihan pula dapat dimanfaatkan dengan beri kepada jiran-jiran tetangga. Ini merupakan satu hobi yang memberi pulangan yang besar. Puas dapat pahala pun dapat.
Namun terkadang pokok-pokok ini lama kelamaan ia semakin tuan, buah yang dihasilkan pun semakin mengurang. Namun jika dibaca dengan baja buah, InsyaAllah, buahkan akan kembali banyak malah bersusun-susun.
Menerusi perkongsian Ridzuan Khalid menunjukkan pokok buah dah tua tapi buahnya masih banyak, berderet cantik tersusun. Rahsianya hanya dengan menggunakan baja buah organik yang dibuat sendiri menggunakan kulit buah.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau juga turut cara-cara pembuatannya. Mudah dan ringkas. Jom ikuti perkongsian ini.
BAJA GULA MERAH ORGANIK
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :
- Gula Merah
- Kulit Buah (Pisang, Tembikai, Mangga, Oren dll)
- Air
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Sediakan satu bekas, tak kisah bekas apa yang penting bahagian penutupnya perlulah dibuat lubang kerana baja ini menghsilkan gas, nanti takda lubang kang meletop pulak!
2. Masukkan kulit buah dan air.
Kami guna kulit pisang, kulit tembikai, kulit mangga, kulit oren. Pisang lebam buruk pun buleh!! Paling function kulit pisang la. Air tu tak payah banyak. Air dari kulit buah tu banyak keluar nanti.
3. Masukkan gula merah.
Kalau malas bancuh gula merah beli je molasses (gula merah lembu).
4. Peram selama 2 minggu dan selepas itu perlu tapis terlebih dahulu sebelum digunakan.
CARA PENGGUNAAAN :
Sukatan nak guna tu kami guna penutup mineral water letak dalam 3/4 penutup sahaja. Campur air penuh botol 1.5l pastu siram 2-3 minggu sekali. Tengok hasil dalam 2 minggu.
PERINGATAN : Jangan buang hampas peraman tu kat pangkal pokok. Mamposss kang pokok. Kuat woooo baja ni. Layuu pokok tu nanti.
Itu sahaja, selamat mencuba!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Ridzuan Khalid, VK