Pisang Rebus, Antara Makanan Orang Lama Yang Sudah Ditelan Dek Zaman

Pisang rebus antara hidangan yang tidak asing bagi orang dulu-dulu. Bukan setakat pemanis mulut sedap untuk sarapan pagi dan minum petang tetapi pisang rebus ni ada banyak sangat khasiat sebenarnya!

Kalau tanya orang dulu dulu pasal pisang rebus ni mesti mereka akan gembira nak bercerita tau.

Makanan ini cukup terkenal ketika dahulu, jika ke kedai kopi pasti akan ada pisang rebus ini dijual di atas meja untuk dijadikan santapan sarapan. Namun sekarang ia jarang dijumpai.

ADVERTISEMENT

Pisang Rebus

Nak menyediakannya cukup mudah. Anda hanya memerlukan tiga bahan iaitu pisang, air dan garam. Jika anda teringin nak cuba, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Cikkbieyy Rosli di bawah ini ya!

BACA JUGA : Mudahnya Buat Kuih Abuk-Abuk Sagu Ni. Kuih Nostalgia Yang Sedap!

RESEPI PISANG REBUS

Zaman kecik-kecik dulu kalau pergi kedai Kopi , Ade je atas meja kan Pisang Rebus ni . Sekarang dah tak jumpa..

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • Pisang
  • Air
  • Sedikit Garam

CARA-CARA :

1. Basuh pisang sehingga bersih. Jangan buang kulitnya.

2. Kemudian toskan dan masukkan pisang ke dalam periuk.

ADVERTISEMENT

3. Masukkan air sehingga sama paras dengan pisang.

4. Kemudian, masukkan garam dan buka api sederhana.

5. Biarkan sehingga mendidih dan pisang menjadi empuk. Selamat mencuba!

Pisang Rebus

Sumber/Foto : Cikkbieyy Rosli, Rosmini Rozi

ADVERTISEMENT

Related articles