Perasan atau tidak ada makanan laut yang akan mengecīl atau mengēcut selepas dimasak? Misalnya sotong, kebiasaanya saiz sotong akan kēcut apabila dimasak. Daripada saiz besar ke saiz yang lebih kecil. Waktu beli nampak banyak tapi bila dah masak hanya dapat sepinggan sahaja.. aduhai.
Rupanya nak memasak sotong ada petuanya, ada caranya barulah saiz sotong tidak mengēcut, tak rasa hanyīr, pejāl dan tidak liat apa setelah di masak.
Mudah je, puan-puan boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Rose ini.
PETUA SUPAYA SOTONG YANG DIMASAK TIDAK MENGECIL SAIZNYA
Saya takda ikan nak buat laksa, ada sotong je nak masak untuk malam nanti. Ambil petua ini bagi sotong tak mengecil saiznya bila di masak
STEP 1
First sekali ampa kena cucikan sotong tu dahulu, keluarkan semua yang ada dalam sotong tu sampai bersih.. kepala sotong pun cuci buang dakwat semua.
STEP 2
Second step hampa masukkan balik kepala sotong tu macam akak tunjuk tu..
STEP 3
Third step sambil ampa masukkan kepala sotong dalam sotong tu ampa susun la siap-siap dalam periuk, lepas tu masukkan air (sama paras dengan sotong) dengan asam keping dalam 5-6 keping
STEP 4
Step keempat, masak sotong tu 3-4 minit..tutup api. Jangan dērhākā.. 3-4 minit cukup.
HASILNYA
Hasilnya sotong tu masih kekal saiznya, tak mengecil, elok kembong, tak hanyir, isi lebih kenyal dan lembut, kepala sotong tu elok terlekat kat badannya. Takde la bila ampa masak kepala ke lain badan sotong ke lain. Kan sēksī tu..seekor-seekor ja sotong hampa..lepas tu toskan dan masak la.. kari ka.. sambal ka.. ikut ampa nak masak apa
TIPS EXTRA!
Untuk masakan sambal, pastikan cili dah betul-betul garing baru masukkan sotong. Jangan masak sotong lama sangat nanti sotong akan liat. Sebab sotong dah direbus dan dah separuh masak. Lepas 5 hingga 8 minit boleh tutup api. InsyaAllah tak liat.
Selamat mencuba!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Rose