Petua Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Stok Untuk Seminggu!

Bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili kisar adalah salah satu cara untuk menjimatkan masa memasak terutamanya jika dibuat dalam kuantiti yang banyak. Namun kadang ada diantara kita stok kisar buat stok bahan kisar mesti tak tahan lama. Mula lah berkulat dan permukaan bahan kisar putih dan tak cantik. Kadang-kadang baunya pun tak enak. Entah mana silapnya?

Sebenarnya ada petua yang anda boleh ikut untuk pastikan bahan kisar tahan lebih lama. Mari ikuti perkongisan ini oleh Puan Raden Nor Kamalia ini, barulah cili dan bawang kisar tahan lebih lama.

PETUA SIMPAN CILI & BAWANG KISAR SUPAYA TAHAN LAMA

Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar & bawang kisar agar tahan lebih lama . Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun dan goreng kue tiaw tinggal cedok jer.. Stok untuk seminggu..

CILI KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gm cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
  • 1 sudu makan garam
  • Asam keping
  • Air tapis secukupnya

CARA-CARA:

  1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
  2. Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
  4. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.
  5. Bila telah mendidih , tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.

6. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender.

7. Kisar 100 gm cili kering bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).

8. Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.

9. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.

BAWANG MERAH KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • Minyak masak
  • 1 sudu garam

CARA-CARA:

  1. Kupas bawang, cuci , keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
  2. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
  3. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
  4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
    Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.

BAWANG PUTIH KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 5 labu bawang putih
  • Minyak masak
  • 1 sudu garam

CARA-CARA:

  1. Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak.
  2. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
  3. Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas.
  4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais.
    Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto  : Raden Nor Kamalia 

Related articles