Petua Sambal Ikan Kering Garing Kekal Rangup Walaupun Selepas Digaul Cili

Pernah buat sambal ikan kering bunga air?

Sambal ni kalau makan macam tu je pon dah sedap, buat macam keropok jer. Sedar-sedar dah habis.

Nak menyediakannya juga mudah sahaja dan ada petua yang boleh perlu anda lakukan untuk jadikan sambal ikan bilis kering kekal rangup.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini

BACA JUGA : Cara Buat Sambal Ikan Bilis Rangup Krup Krup. Rasa Pedas, Masam Manis. Nikmat!

RESIPI SAMBAL IKAN KERING BUNGA AIR

Makan kosong pun sedap apatah lagi kalau kita letakkan dengan sambal. Jom follow steps di bawah ni

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan sate (ikan kering bunga air)
  • Cili kering
  • Kiub ikan bilis
  • Gula halus
  • Minyak masak

CARA-CARA :

1. Basuh bersih dan toskan ikan bilis.

Sambal Ikan Bilis Garing

2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan keperangan.

3. Hasilnya apabila sudah garing.

4. Sejukkan ikan bilis sementara buat sambalnya pula.

sambal ikan garing

5. Untuk sambal, buang biji cili, basuh dan toskan. Jika nak sambal lebih cantik, jemur cili sehingga kering.

6. Panaskan minyak, goreng cili kering sehingga garing. Hati-hati, jangan sampai cili hangus dan pahit.

7. Masukkan cili tadi ke dalam food processor atau chopper bersama dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula halus.

8. Kisar sehingga cili hancur.

9. Panaskan minyak dan masukkan cili yang sudah dikisar tadi. Guna api kecil sahaja.

10. Sejukkan sambal terlebih dahulu supaya ikan jadi garing. Bila sambal dah sejuk, baru masukkan ikan dan gaul rata dengan cili. Nak lebih sedap, boleh tambahkan bawang goreng dan bawang putih goreng.

Sambal Ikan Bilis Garing

11. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau dan kekal rangup. Selamat mencuba!

Sambal Ikan Bilis Garing

Like & share moga dapat dimanfaatkan pada orang yang lain juga. Zaman sekarag barang semua mahal, untuk jimat kita buat sendiri. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : CikAyu Masfaliza Ab Jaafer

Related articles