Petua ‘Mujarab’ Legakan Batuk Berbulan & Keluarkan Kahak

Masalah batuk memang kerap mengang-gu aktiviti seharian kita. Kadang kalanya seseorang alami batuk dalam tempoh yang lama sehingga bahkan ada yang berbulan-bulan? Memang menyek-sakan. Ada yang makin menjadi-jadi khususnya di waktu malam hingga mengang-gu tidur.

Walaupun dah cuba pelbagai ubat namum belum diizinkan olehNya utuk sembuh. Jika saat ini anda mengalami batuk dan ka’hak, ada boleh amalkan perkongsian 2 petua mujarab dan ajaib ini  daripada Dr. Rizal dan Azliza Talib ini. 

Jika serasi, tak mustahil batuk boleh reda dalam sehari.

Perkongsian Dr. Rizal.

ADVERTISEMENT

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.

Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la. Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.

Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga. Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.

Caranya ialah:

  1.  Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
  2. Leraikan ulas bawang tersebut.
  3. Campurkan ma’du satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
  6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan ma’du. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
  7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan ka’hak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.

Yang bestnya petua ni boleh keluarkan ka’hak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.

Petua dari Azliza Talib

ADVERTISEMENT

Bahan-bahan:

  • 3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicin-cang halus.
    1 cawan ma’du

Cara membuat:

ADVERTISEMENT
  • Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan ma’du.
  • Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.

Cara pengambilan:

  • Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam

Manfaat bawang putih untuk batuk:

Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.

Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan ka’hak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca semua.

ADVERTISEMENT

Related articles