Petua Kupas Kulit Telur Rebus, Memang Licin Sempurna

Wanita ini kongsi petua kupas kulit telur rebus. Memang licin sempurna, sedap mata memandang.

Merebus telur memang mudah, namun untuk mengupas telur licin sempurna cantik itu yang kurang mudah.

Tak semua orang boleh kupas telur rebus cantik licin. Ini antara dilema bagi mereka yang sering alami setiap kali menyediakan juadah yang melibatkan telur rebus.

Tahukah anda, kulit telur mudah dikupas sekiranya ia direbus dengan betul. Ini yang dikongsikan oleh pengguna Facebook iaitu Mariana Zainal. Beliau berkongis enam langkah yang boleh anda lakukan untuk mengupas kulit telur dengan mudah dan sempurna.

Rata-rata pembaca juga meninggalkan komen menggunakan petua yang sama untuk mengupas kulit telur rebus. Mari ikuti perkongsian di bawah ini

PETUA SUPAYA SENANG MENGUPAS KULIT TELUR

Petua supaya senang nak kopek kulit telur. Ini cara saya, cara orang lain saya tak tau.

1. Sebelum merebus bersihkan telur untuk menghilang segala kotoran yang melekat pada kulit telur.

2. Kemudian, masukkan air kedalam periuk sehingga menutupi keseluruhan telur.

petua kupas telur rebus

3. Rebus selama 15 minit atau lebih. Jangn kurang daripa 15 minit. Sekiranya masak dalam kuantitu yang banyak untuk kenduri misalnya letakkan garam dan minyak sesikit.

4. Buangkan air rebusan telur.

5. Siramkan dengan air paip pada telur yag baru direbus tadi hingga telur tu rasa sejuk. Nak gunakan ais batu pun boleh.

petua kupas telur rebus

6. Kupas kulit telur rebus di bawah pancuran air paip secara perlahan.

Telur rebus yang siap dikupas boleh digunakan untuk menyediakan hidangan yang diingini. Selamat mencuba!

petua kupas telur rebus

Sumber/Foto : Mariana Zainal

Related articles