Petua Buat Stok Cili Kisar Supaya Tahan Lama, 3 Bulan Pun Tak Berkulat!

Bahan memasak yang dikisar seperti cili kisar biasanya adalah salah satu cara yang dapat menjimatkan dan mempercepatkan masa untuk memasak terutamanya jika dibuat stok. Namun terkadang tidak tahu mana silapnya stok cili kisar yang dibuat sebagai stok untuk memasak tidak sampai seminggu dah berkulat. Akhirnya terpaksa dibuang begitu sahaja.

Ada petua dan cara yang dikongsikan oleh Roazura Bahari untuk membuat cili kisar yang dapat tahan lama sehingga 3 bulan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet.

Bila dah ada cili kisar ni senang dan mudahlah untuk menyediakan dan memasak. Simpan sahaja di dalam peti ais, bila nak memasak tinggal keluarkan dan cedok sahaja. Mudah dan menjimatkan masa. Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Petua Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Stok Untuk Seminggu!

PETUA STOK CILI KISAR TAHAN LAMA & TAK BERKULAT

Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.

Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.

1. Potong 2 cili kering dan rebus.

2. Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.

3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili)

#Air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.

4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila perlu.

Cili kisar ni tahan 3 bulan.. Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.

Selamat mencuba! Mudahan bermanfaat

Sumber/Foto :  Roazura Bahari

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles