Pesanan Buat Ibu bapa Yang Inginkan Anak dan Keturunannya Menjadi Ulama

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

‘Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Ya-hudi, Nas-rani dan Ma-jusi’ tetapi setiap manusia mempunyai hak untuk mencorakkan kehidupan bukannya hanya bergantung kepada ibu bapa sahaja.

Mencorak kehidupan bukannya hanya dipandang melalui luaran tetapi kita juga harus melihat dari dalaman. Sebaiknya janganlah melihat apa yang telah berlaku pada diri kita tetapi lihat apa yang berlaku dalam jiwa kita ketika kita mencorakkannya.

ADVERTISEMENT

Jika pembaca adalah yang bergelar ibu bapa, mempunyai anak dan menginginkan anak-anak tersebut menjadi ulama maka ambil pesanan dan kisah ini sebagai pelajaran.

PESANAN BUAT IBUBAPA YANG IINGIN ANAK DAN KETURU-NANNYA MENJADI ULAMA :

Berkata guru kami Sheikh Imam Sadiduddin Al-Shairazi : Berkata guru-guru kami :

ADVERTISEMENT

Sesiapa yang hendak anaknya menjadi seorang ulama, maka haruslah dia memelihara orang-orang a sing/ulama yang datang dari jauh di kalangan ahli ilmu, memuliakan mereka, memberi mereka makanan, dan memberi sesuatu (hadiah, wang dll) kepada mereka. Kalau anaknya tidak menjadi ulama, maka cucunya yang akan jadi ulama.

dipetik dari Kitab تعليم المتعلم طرق التعلم oleh Imam Burhanuddin Al-Zarnuji rahima-hullah.

ADVERTISEMENT

KISAH & DOA AYAH IMAM AL-GHAZALI YANG SENANTIASA BERMUNAJAT DAN BERHARAP KEPADA ALLAH SWT, AGAR ANAKNYA SEBAGAI ULAMA’.

Jika kita pelajari sejarah, Imam Al-Ghazali adalah keturu-nan orang biasa (bukan ulama) juga bukan dari suku bang-sa Arab, Ayahnya bekerja menenun kain dari bu-lu biri-biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazalah ke kota Ţus untuk dijual di sana.

Walaupun si ayah adalah seorang lelaki yang mis-kin, dia juga merupakan seorang yang jujur dan baik hati. Dia suka bergaul dengan al-‘ulamā’  sambil memetik ilmu-ilmu agama, serta berbakti dan berkhidmat kepada mereka. Ken-dati demikian cita-cita sang ayah terhadap anaknya sangatlah tinggi, Ayah Imam Al-Ghazali setiap kali bertemu dengan ulama’ selalu mena’ngis, beliau tangi’si dirinya, kenapa tidak menjadi seperti ulama’ itu?

Namun beliau tidak penah berputus asa dan selalu berdoa, bermunajat, dan berharap kepada Allah سبحانه و تعالى agar menjadikan anaknya sebagai ulama’, Allah سبحانه و تعالى  pun mengabulkan doa dan harapan tersebut, Allah سبحانه و تعالى  jadikan anaknya sebagai HUJJATUL-ISLAM. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.

من كرامات اﻹمام أبي حامد الغزالي قدس الله سره أن الله حفظ له لقبه ” حجة اﻹسلام ” فلم يشتهر به أحد من بعده .
سيدي فوزي كوناتي

Salah satu kara-mat Imam Abu Hamid Al-Ghazali, ialah Allah memelihara gelaran “Hujjat al-Islam” untuknya, dan tidak seorang pun setelah beliau menjadi terkenal dengan gelaran tersebut. (Shaykh Konate Sidi Faozi)

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

ADVERTISEMENT

Related articles