Pesan Imam Al-Ghazali, ‘Hindarkan Diri Menikahi Enam Golongan Wanita Ini’.

Perkongsian ini sekadar ini ada untuk sama-sama ambil ikhtibar dan manfaat daripada ilmu dan penulisan para ulama. Misalnya ada para ulama yang mengarang kitab khusus berkaitan do’sa-dos’a besar, Antaranya Imam al-Zahabi melalui kitabnya al-Kabair dan juga Imam Ibn Hajar al-Haitami melalui kitabnya al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir. Mereka telah menerangkan satu persatu berkenaan do’sa-do’sa besar yang terangkum dalam al-Quran dan hadis serta menyebut bala’san dan akibatnya.

Apakah hikmah kita mempelajarinya?

Antaranya agar kita tahu ia adalah do’sa besar dan kita memohon kepada Allah سبحانه و تعالى agar menghindarkan kita melakukannya. Begitulah juga dengan perkongsian ini, sekadar renungan bersama bukannya untuk menghukum semata dan panduan kepada kita supaya kita dihindarkan daripada sifat-sifat atau jenis-jenis yang dinukilkan oleh Imam Al-Ghazali ini.

Mudah-mudahkan Allah سبحانه و تعالى menghiasi diri kita dengan akhlak yang baik dan terpuji dan menjauhi kita daripada akhlak-akhlak yang bu’ruk yang akhirnya membawa kita kepada kebina’saan..

HINDARKAN DIRI MENIKAHI ENAM GOLONGAN WANITA INI.

Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: “Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. AL-ANNANAH :
Perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sa’kit (menandakan dia rasa terbe’ban dengan tugasan hariannya, kerana ma’las atau memang sifat aslinya suka menge’luh walaupun disebabkan perkara kecil, perempuan tersebut juga berpura-pura sa’kit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sa’kit tidak ada faedah padanya.

2. AL-MANANAH :
Perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengung’kit-ngung’kit). Sampai satu masa dia akan mengatakan, saya telah melakukan untuk kamu itu dan ini.

3. AL-HANANAH :
Perempuan yang suka merin’dui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami (perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memu’askan segala kema-huannya).

4. AL-HADDAQAH :
Perempuan yang menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (bo’ros) dan suka membeli sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliannya.

5. AL-BARRAQAH :
Terdapat dua makna, yang pertama ialah suka berhias sepanjang masa (melam’pau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, sedangkan pada suaminya tidak buatpun dan makna kedua ialah perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. AL-SYADDAQAH :
Perempuan yang banyak bercakap sesuatu yang tidak berfaedah (berbicara tidak tentu arah), semoga para muslimah tidak termasuk didalam golongan-golongan yang disebutkan diatas.

نعوذ بالله من ذلك

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles