SURAT DARI ALLAH
SEMASA Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan.
Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dengan JKKK dan ketua-ketua kampung turun.
Tuan Guru Nik Aziz pernah kata dalam satu majlis tadarus,
“Hok mana boleh baca Quran, baca Quran.
Hok tak pandai baca Quran belajar sungguh-sungguh.
Kita terima surat dari orang kita boleh baca,
kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca,
kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca,
tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca.
Sedangkan kita menumpang di bumi Dia,
berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia,
tiba-tiba surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca.
Hinanya kita hidup atas muka bumi ni…”
Menangis ketua kampung dan JKKK yang mendengar kata-kata Tuan Guru Nik Aziz itu.
Inilah cara tok guru mendidik rakyat kelantan semasa beliau memerintah Kelantan. Takbir !!
Di mana letaknya Al-Quran di hati kita?
Ustaz Ahmad Dusuki – Jangan Mati Kalau Tak Pandai Baca Al-Quran
NOTA AKHIR RAMADAN…
“Turunnya al-Quran pada Jibril,
maka jadilah Jibril semulia-mulia malaikat.
Turunnya al-Quran pada Muhammad SAW,
maka jadilah Muhammad penghulu segala makhluk.
Turunnya al-Quran pada umat Muhammad,
maka jadilah umat Muhammad sebaik-baik umat.
Turunnya al-Quran pada bulan Ramadan,
maka jadilah Ramadan sebaik-baik bulan.
Turunnya al-Quran pada malam al-Qadr,
maka jadilah Laylatul Qadr sebaik-baik malam.
Bagaimana seandainya al-Quran turun dalam hati kita??
Aku pernah berasa takjub dengan generasi terdahulu, bagaimana mereka mampu pegun dengan al-Quran begitu lama sekali tanpa jemu.
Namun bilamana aku melihat ramai yang pegun dengan telefon bimbit masing-masing, hilanglah ketakjubanku.
Maka tahulah aku, hati yang mencintai sesuatu akan pegun padanya.
Tatkala hampir berlalunya Ramadan, kita mengeluh akan pemergiannya yang semakin hampir.
Namun kita terlupa bahawa diri kita yang semakin hampir pergi.
Kerana jika perginya Ramadan, ia akan kembali semula pada mereka yang dipanjangkan usianya hingga ke Ramadan seterusnya.
Akan tetapi jika diri kita telah pergi, maka tiadalah kembali lagi…”.
[Mutiara kata Dr. Ahmad al-Me’sarawi]
Sumber : Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, Dr. Kamilin Jamili
Kredit : islamik media