Suatu hari nanti Allah سبحان و تعالىٰ akan tanya kita berkenaan saudara, jiran,
rakan dan kenalan kita yang susah. Siapa yang boleh bantu dengan wang dan makanan, bantulah. Siapa yang tidak mampu membantu, ringankanlah bebanan mereka dengan ucapan dan doa kita.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sesungguhnya Allah سبحان و تعالىٰ akan berfirman pada hari kiamat : Wahai anak Adam, Aku sakit namun engkau tidak menziarahi-Ku. Manusia berkata: Wahai Tuhan, bagaimana aku menziarahi-Mu padahal Engkau adalah tuhan semesta alam?
Allah سبحان و تعالىٰ berfirman: Tidakkah engkau mengetahui bahawa seorang hamba-Ku si polan sakit namun engkau tidak menziarahinya? Tidakkah engkau ketahui bahawa sekiranya engkau menziarahinya, nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya?
“Wahai anak Adam, Aku meminta makan daripadamu namun engkau tidak memberi-Ku makan. Manusia berkata: Bagaimana aku memberi-Mu makanan padahal Engkau adalah tuhan semesta alam?
Allah berfirman سبحان و تعالىٰ : Tidakkah engkau mengetahui bahawa seorang hamba-Ku si polan meminta makanan kepadamu namun engkau tidak memberinya makan? Tidakkah engkau ketahui bahawa sekiranya engkau memberinya makanan, nescaya engkau akan mendapati balasannya di sisi-Ku?”
“Wahai anak Adam, Aku meminta minum kepadamu namun engkau tidak memberi-Ku minum. Manusia berkata: Bagaimana aku memberi-Mu minum padahal Engkau adalah tuhan semesta alam?
Allah سبحان و تعالىٰ berfirman: Tidakkah engkau mengetahui bahawa seorang hamba-Ku si polan meminta minum kepadamu namun engkau tidak memberinya? Tidakkah engkau ketahui bahawa sekiranya engkau memberinya minum, nescaya engkau akan mendapati balasannya di sisi-Ku?” (Hadis Riwayat Muslim)
Perhatikan Orang Disekeliling Kita
Perhatikan orang sekeliling kita, adik-beradik, saudara-mara, jiran kita ataupun saudara seislam. Ramai yang terjejas sejak PKP dilaksanakan. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang terus hilang mata pencarian. Bantulah mereka. Siapa yang boleh bantu dengan wang dan makanan, bantulah. Siapa yang tidak mampu membantu, ringankanlah bebanan mereka dengan ucapan dan doa kita.
والله أعلمُ
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Dr Umar Muhammad Noor