RABIULAWAL sangat istimewa dan sangat dimuliakan oleh umat Islam seluruh dunia kerana ia bulan kelahiran junjungan besar Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang jatuh pada hari ke-12, iaitu pada hari ini 29/10/2020
Rabiulawal yang mendapat nama sempena musim bunga, mencatat banyak peristiwa penting berkaitan Rasulullah صلى الله عليه وسلم antaranya peristiwa kelahiran Baginda صلى الله عليه وسلم itu sendiri.
Menyingkap Subuh hari kelahirannya, keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika berada di dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Makkah sebelum ini.
MAKLUMAT DAN PERISTIWA KELAHIRAN BAGINDA صلى الله عليه وسلم
TARIKH
- 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571
- 50 hari selepas tentera bergajah pimpinan Abrahah mati dalam serangan dilakukan burung Ababil ketika mereka mahu menghancurkan Kaabah
- Baginda dilahirkan 500 tahun selepas kelahiran Nabi Allah Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ
MASA
- 16 minit sebelum subuh (Isyarat : Segala kesulitan akan selesai bermula di awal pagi dengan bermunajat kepada Allah)
HARI
- Isnin (tanpa perselisihan dalam kalangan ulama)
Dari Abu Qatadah Al Ansari رضي الله عنه, Ditanya kenapa Nabi صلى الله عليه وسلم berpuasa pada hari Isnin?
Maka Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab;
“فيه ولدت وفيه انزل علي”
Pada hari itulah ( Hari Isnin, aku dilahirkan dan pada hari Isnin juga diturunkan padaku Al Quran” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
(Isyarat : Saranan untuk menyambut hari kelahiran Baginda [Maulid Nabi], Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki menyatakan Baginda merupakan orang pertama menyambut kelahiran Baginda [Al-I’Iam Bifatawa Aiimmatul Islam Haula Maludi])
TEMPAT
- Rumah Abi Talib di lembah Bani Hashim berhampiran Bukit Marwah, 200 meter dengan Kaabah. (Sekarang ini dijadikan perpustakaan Mekah)
MEREKA YANG SAMBUT
- As-Syifa ibu kepada Sayyiduna Abdul Rahman ibn Auf (Bidan Utama)
(Isyarat : Sayyiduna Abdul Rahman رضي الله عنه termasuk 10 orang yang dijanjikan syurga dan merupakan sahabat yang paling kaya) - Ummu Aiman ibu kepada Sayyiduna Usamah ibn Zaid
(Isyarat : Sayyiduna Usamah رضي الله عنه menjadi Ketua Panglima Perang) - Fatimah ibu kepada Sayyiduna Uthman ibn Abi Al’as
(Isyarat : Sayyiduna Uthman رضي الله عنه merupakan sahabat yang dikurniakan banyak ilmu) - Suwaibah ham-ba kepada Abu Lahab
(Isyarat : Suwaibah al-Aslamiyah dibebaskan dan menjadi orang yang merdeka & orang [wanita] pertama menyusukan Nabi)
Yang menariknya kesemua wanita yang disebutkan semuanya Allah buka pintu rezeki yang luas dan keberkatan ketika mereka menghadiri kelahiran Nabi (baca bahagian isyarat)
Didalam Nubuwwah Imam Baihaqi dinyatakan juga bawa Sayyidatina Asiah dan Maryam turut hadir (secara ru’h)
SELEPAS KELAHIRAN & NAMA YANG DIBERIKAN
Selepas Baginda Nabi dilahirkan, Baginda dibawa berjuma datuk Baginda, Abdul Muttalib. Lalu Abdul Muttalib dukung dan membawa Baginda tawaf mengelilingi Kaabah.
Maka, itulah perkara pertama yang berlaku dalam hidup Nabi iaitu ‘tawaf mengelilingi kaabah’. Kemudian beliau (Abdul Muttalib) menamkan Baginda dengan ‘Muhammad’.
Ketika beliau (Abdul Muttalib) ditanya : “Kenapa menamakan dengan nama ‘Muhammad’ pada bayi tersebut. Nama tersebut tidak pula sama denagan nama nenek moyong kamu”?
Lalu beliau (Abdul Muttalib) : “Aku menamakannya ‘Muhammad’ kerana aku mahu dirinya menjadi terpuji diatas bumi dan juga dilangit.”
PERSITIWA BERLAKU DETIK KELAHIRAN NABI
#1 – Cahaya Memancar Ke Ufuk
Imam al-Hakim al-Naisaburi رحمه الله meriwayatkan dalam al-Mustadrak bahawa ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya oleh para sahabat tentang diri baginda, baginda صلى الله عليه وسلم bersabda:
يا رسول الله ، أخبرنا عن نفسك. قال : دعوة أبي إبراهيم ، وبشرى عيسى ، ورأت أمي حين حملت بي كأنه خرج منها نور أضاءت له قصور بصرى من أرض الشام
“Wahai Rasulullah, tolong beritahukan kepada kami tentang dirimu. Maka beliau bersabda, “(Aku adalah hasil) doa ayahku (Nabi) Ibrahim dan kabar gembira (Nabi) Isa. Dan ibuku bermimpi ketika beliau mengan-dungku, seakan keluar cahaya darinya menyinari istana Bushra di negeri Syam.”
Jarak dari Makkah ke Tabuk sahaja pun sudah kira-kira 1000 km atau lebih. Syam lebih jauh dari Tabuk, menghala ke arah utara. (Pembukaan kota Islam Pertama bagi Syam ialah Bushra)
Maksud doa Ibrahim pula ialah: Aku ialah hasil daripada doa Nabi Ibrahim عليه السلام seperti yang terkandung dalam Surah al-Baqarah, ayat 129.
Maksud berita gembira Isa ialah: “Aku ialah berita gembira yang dibawa oleh Isa عليه السلام seperti yang terkandung dalam Surah al-Saf, ayat 6.
Menurut al-Hakim, sanad hadis ini sahih dan al-Zahabi menyetujuinya.
#2 – Berlaku Gegaran Kuat Di Istana Kisra,
Berlaku Gegaran Kuat Di Istana Kisra, Parsi Hingga Menyebabkan 14 balkoni istana berkenaan run-tuh.
(Isyarat : Menandakan akan tamat 14 Raja Pemerintah Rom)
#3 – Api Parsi (Ma-jusi ) Terpadam
Api yang selama 1000 tahun tidak pernah terpadam, akhirnya terpadam dengan kelahiran Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم
(Isyarat : Menandakan Islam akan menga-tasi agama-agama lain)
#4 – Keringnya Air Tasik Sawah
Tasik Sawa yang sebelum itu dipenuhi air merupakan temapat laluan kapal-kapal besar berlayar dan kebanggaan penduduk tidak pernah kering, menjadi kering-kontang.
#5 – Ib’lis Terhijab
Pada pagi hari kelahiran Baginda, berhala-berhala dunia semuanya jatuh , begitu juga musuh Allah Ib’lis tersung-kur selama 40 hari.
Ib’lis terhijab dari mendapat khabar langit lalu menyebabkan ib’lis menjerit dengan jeri’tan yang sangat kuat seperti mana ia menje’rit-je’rit ketika diturunkan dari langit, ketika dilak-nat dan ketika diturunkan surah Al-Fatihah. (Riwayt Ahmad)
#6 – Kemuliaan Baginda صلى الله عليه وسلم
Kemuliaan Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan yang tiada orang lain dapat melihat aurat Baginda, terpu-tus tali pusat dan jari telunjuk mengisyaratkan ke langit seakan-akan Baginda bertasbih.
والله أعلم
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
[ JADI SEBAB HIDAYAH ]
Rasulullah – صلى الله عليه وسلم – pernah berkata kepada Sayyidina Ali كرم الله وجهه, mafhumnya, “Wahai Ali, dengan Allah menjadikan kamu hidayah bagi orang lain (hatta satu orang) lebih baik daripada unta merah yang kamu dapat (yakni lebih baik daripada kenikmatan dunia apa pun jua).
Apakah itu yang lebih nikmat daripada kenikmatan keduniaan?
Menjadi sebab hidayah untuk orang.
Tak satu pun daripada kita yang tak ada kawan.
Tak satu pun daripada kita yang tak ada family, tak ada keluarga. Kita semua ada keluarga.
Cuba jadi sebab satu hidayah kepada keluarga kita.
Kut balik rumah, bagitahu (keluarga) hadir majlis tadi apa yang kita dapat – kongsi.
Majlis-majlis taklim – ajak kawan – “Jom, kita datang.”
Bawa keluarganya untuk hadir. Itu pun bahagian daripada menjadi sebab hidayah kepada orang lain.
Yakni kalau dunia ini dikumpulkan berbanding kita jadi sebab hidayah untuk satu orang, sebab jadi hidayah untuk satu orang => ganjarannya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Kalau 2 orang? Kalau 3 orang? Pemberian Allah adalah amat luas.
– disunting daripada pengajian bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : Kun Anta
Sumber Rujukan : Muhd Shahir