Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2023

TAWARAN SUKARELAWAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2023

Tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan.

Bagi anda yang berumur 18 – 65 tahun berminat menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2023 dijadualkan bermula 30 Januari – 7 Mac 2024

Pengawas Peperiksaan SPM 2023

PRINSIP

Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan

ELAUN

Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;

TUGAS PENGAWAS SPM 2023

Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :

  1. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
  2. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;
  3. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;
  4. Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
  5. Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
  6. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.
SYARAT PERMOHONAN

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
  4. Pemohon adalah pesara/pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti;
  5. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah; dan
  6.  Mempunyai pengangkutan sendiri.
TEMPOH PERMOHONAN

12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023

KAEDAH MEMOHON
  1. Permohonan melalui Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan pautan https://bit.ly/44KmnxL ;
  2. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
PENERIMAAN PERMOHONAN
  1. Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  3. Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

“MALAYSIA MADANI”
SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Related articles