Imam al-Ghazali ada berpesan: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya.
Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersīakan seperti haiwan, menderītālah dia dan bīnasā. Dosā juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.”
Justeru, asas pendidikan seharusnya diberikan keutamaan. Ini termasuk menanamkan akidah serta mengajar mereka berkenaan syariat dalam agama seperti solat di samping membina akhlak peribadi berteraskan akhlak Islam.
Mari kita lihat perkongsian Dr. Taufiq Rarif berkaitan tanda-tanda seorang anak itu mula mempunyai adab dan akhalak
10 Tanda Anak Kita Mula Mempunyai Adab Dan Akhlak
- Dia dah mula tak menyampūk bila nampak dua orang dewasa sedang berbicara
- Dia dah mula pandai minta izin jika nak ambil barang yang bukan miliknya
- Dia dah mula rasa mālu nak mengamūk di depan orang yang tak dikenalinya
- Dia dah mula rasa bersalāh bila tertinggikan suara pada ibu dan ayahnya
- Dia dah mula pandai beratur dan hormat giliran orang lain
- Dia dah mula pandai minta maaf jika terbuat salah
- Dia dah mula pandai berterima kasih jika ada orang yang menolongnya
- Dia dah mula pandai tahan diri daripada mencārut dan mengeluarkan perkataan tak elok ketika bercakap dengan kawan kawannya
- Dia dah mula faham hak orang lain dan tak mudah irī hati dengan hak milik orang lain
- Dia dah mula pandai jaga tangan dan kakinya daripada memukul orang lain terutamanya pada adik beradiknya sendiri.
Tanda kejayaan ibubapa mendidik anak bukan cuma pada akademiknya sahaja tetapi pada akhlak dan adabnya juga.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk info-info menarik
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Taufiq Razif