Tuan tuan, puan puan , saudara saudari yang dirahmati oleh Allah سبحانه و تعالى sekali , ada satu pāsangan baru berkahwin bertanya, mungkin persoalan ini agak basic (asas) pada sesetengah pembaca sekalian iaitu berkaitan dengan air manī , air mazī dan air wadī .
Ya, mungkin nampak basic tuan puan, tapi jika perkara ini kita tidak tahu .. jangan maīn-maīn sebab ia melibatkan tentang hūkūm , melībatkan sah atau tidak sah nya ibadat kita .
Bayangkan jika kita tidak mandi wajīb , dalam keaadan kita berjunūb , kemudian kita solat , mengaji al-quran ,
Allah ..
banyangkan , sudah berkahwin ni.. haa .. dan perkara sebegini tidak pelīk tuan puan sebab saya pernah pergi satu sekolah , remaja umur tingatan 4 , tingkatan 5 dan mereka ini tidak pernah mandi wajib bahkan ada yang tidak tahu mandi wajib ni apa?
Habis tu tiap-tiap hari tak mandi ke ? sedangkan mandi wajib tidak sūsah pun .
Tiap-tiap hari kita mandi , hanya tinggal lagi perlukan kepada niat dan pastikan air diratakan keseluruh badan . Tapi kerana tidak disertai dengan niat maka tidak dikira sebagai mandi wajib .
Tingkat 5, awak tak pernah mandi wajib ?
‘Tak pernah , setiap tahun mak saya tak pernah ajar mandi.. ‘
ustaz ustazah pernah ajar tetapi tidak ambil perhatian .
Sebab itu, ibu bapa perlu ambil perhatian kerana ramai juga anak anak yang tidak tahu perkara ini . Sedangkan perkara ini penting.
Berbalik kepada persoalan tadi , pasāngan mūda yang baru berkahwīn, mereka bertanya ..
Saya jelaskan disini perbezaan air manī, air mazī dan air wadī ..
Pertama, air manī berasal daripada perkataan ( أمْنَى – يُمْنِيْ) dalam bahasa Arāb bermaksud terpāncūt. Dinamakan manī kerana keadaannya yang keluar dengan cara mēmāncūt, warnanya putih dan pekāt.
Firman Allah سبحانه و تعالى :
خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ
Maksudnya: “Diciptakan manusia dari air manī yang terpāncar.” (Surah Al-Tariq: 6)
Ataupun cecair ini keluar dengan rasa lazat dengan diiringi lēmbīknya zākār dan merasaī kepūāsān syāhwāt selepasnya, sekalipun ia tidak mēmāncūt kerana kuantitinya yang sedikit walaupun sekadar satu titisan sahaja, atau keluar seperti warna dārāh kerana terlalu kerap melakukan jīmāk.
Cecair ini mempunyai baū seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyīr seperti bau putih telur jika ia kering. Wajīb mandi wajib meskipun tidak merasa lāzāt ketika keluarnya ataupun jika keluarnya tanpa mēmancūt (bagi lelaki) seperti keluar selepas mandi, sama ada bagi lelaki atau wanita.
Tidak disyaratkan wujud kesemua sifat tersebut tetapi memadai dengan ada satu sifat sahaja. Jika kesemua sifat yang tersebut tidak ada, tidak wajib mandi kerana ia bukan manī. Manī adalah bersih, manī wanita berwarna kekunīngan, halus dan kadang-kadang ia berwarna putih.
Pasangan yang melakukan hubungan intīm tetap juga mandi wajib sekalipun tidak terkelūar air manī . Mandi wajib itu disebabkan berlakunya perhūbūngan īntīm.
Kedua, air mazi ialah air yang berwarna putih, halūs dan mēlekīt, keluar ketika bangkitnya permulaan syāhwāt atau ketika bergūrau senda bersama isteri dan mencīūmnyā. Ia keluar tanpa mēmāncūt dan tidak diiringi dengan lēmbīknya zākār, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari.
Mazi lelaki dan wanita adalah sama, wanīta keluar mazi apabila bangkit syāhwātnyā. Tidak wajib mandi dengan sebab keluar mazi, iaitu air yang keluar disebabkan syāhwāt yang paling rendah (manī adalah air kemūncak syāhwāt).
Mazī mempunyai sifat-sifat air manī seperti yang disebutkan berdasarkan hadis riwayat Saidina Ali كرم الله وجهه di mana beliau berkata:
كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ
Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazī, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pēcah-pēcah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazī maka basuhlah kemālūānmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (manī) maka hendaklah kamu mandi.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Ketiga, air wadi iaitu air yang keruh dan pekat yang hampir menyerūpai manī dari sudut kepekatānnya dan tidak sama seperti manī dari sudut kekeruhan warnanya, tidak mempunyai warna dan keluar selepas kēncīng dan ketika mengangkat sesuatu yang berat. Wadi keluar sebanyak satu atau dua titisan, tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya kerana tiada sebab dari sudut syarak yang mewajībkan mandi kerana yang diwajībkan mandi ialah keluar manī sahaja.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku