Perbanyakkan 4 Perkara Ini. 2 Yang Pertama Menyebabkan Keredhaan Allah & 2 Yang Akhir Sesuatu Yang Memang Kita Perlu

Bulan Ramadhan adalah antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam dan bulan ini mempunyai kelebihan daripada bulan-bulan yang lain. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah سبحانه و تعالى kerana diberi peluang pada tahun ini untuk bertemu lagi di bulan yang mulia ini.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Di bulan ini merupakan peluang untuk melipat gandakan lagi amal ibadah kita kepada Allah سبحانه و تعالى sama ada amalan-amalan fardhu dan su’nat. Maka amat beruntunglah orang-orang yang mere’but ganja’ran yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه و تعالى dan amatlah ru-gi bagi mereka yang mensia-siakannya.

PERBANYAKLAH DI BULAN RAMADHAN 4 PERKARA

.. dan pernyakkanlah di bulan Ramadhan 4 perkara. 2 perkara yang pertama menyebabkan keredhaan Allah dan 2 perkara yang akhir merupakan sesuatu yang kita perlukan.

2 YANG PERTAMA MENYEBABKAN KEREDHAAN ALLAH سبحانه و تعالى

  • Penyaksian Lailahaillallah

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ
Aku naik saksi tiada Tuhan yang layak disem-bah melainkan Allah

  • Istighfar

استغفرالله
Aku memohon kemapunan Allah

2 YANG AKHIR MERUPAKAN SESUATU YANG KITA PERLU

  • Mohon syurga

أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ
Aku memohon kepada-Mu syurga

  • Mohon dilindungi daripada ne-raka

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Aku berlindung dengan-Mu daripada a’pi ne-raka

Zikir dan Doa Bulan Ramadhan

Perbanyakkan zikir ini ketika menunggu berbuka puasa, sebelum dan selepas solat, bila-bila masa pada bulan Ramadhan ini

Pesan  Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki, zikir ini dibaca berulang-ulang, jangan lupa membaca doa dan zikir ini. Perbanyakkan membacanya kerana tidak perlu wuduk, tidak perlu menghadap kiblat bila-bila masa, tidak kira siang, tidak kira malam. Bacalah

Boleh yang dua ini (4 zikir diatas) segala-galanya boleh. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita. InsyaAllah.

Ya Allah terimalah ibadah kami, solat kami, puasa kami, ya Rabb

والصلاة و السلام على اشرف اﻷنبياء و المرسلين، والحمد لله رب العالمين

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber Video : Ahmad Tifla
Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles