Peniaga Kongsi Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resepi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun

Selain pisang goreng, cempak goreng juga adalah juadah lazat yang menjadi kegemaran ramai orang. Bau harum cempedak yang membuatkan seseorang itu terkenang-kenang.

Cempedak goreng rangup ini antara juadah rakyat Malaysia yang mudah dibeli di kedai-kedai di tepi jalan dan pasar-pasar malam. Jadi tidak hairanlah cempedak goreng rangup ini disukai ramai orang.

Namun harganya sekarang agak mahal. Bayangkan jika beli cempedak goreng harnya RM2 dapat tiga ketul bahkan ada yang jual RM 1 satu ketul. Namun jika buat sendiri, beli satu buah cempedak baru RM 20 saiz sederhana, boleh dapat banyak ketul, puas makan satu keluarga, jiran-jiran pun dapat rasa sekali.

Bagi yang nak mencuba untuk buat sendiri cempedak rangup di rumah, boleh ikuti resepi yang dikongsi oleh Puan Yayar B. Awang Noh di bawah.

RESEPI BANCUHAN CEMPEDAK RANGUP DAN PISANG GORENG

Menurutnya, resepi tersebut merupakan rahsia keluarganya yang sudah berniaga selama hampir 20 tahun.

Boleh guna untuk pisang goreng juga, tapi untuk cempedak kena bancuh sedikit pekat dari pisang.

BAHAN-BAHAN :

  • Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
  • Tepung gandum suku cawan
  • Serbuk kunyit setengah sudu
  • Kapur makan secubit
  • Gula sesudu besar
  • Gram sesudu
  • Telur ayam atau itik sebiji

CARA-CARANYA :

1. Satukan semua bahan.

2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.

3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.

4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.

Selamat Mencuba

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Foto : Yayar B. Awang Noh via Rencah Rasa

Related articles