Lempeng merupakan makanan klasik yang lazim dihidangkan sebagai sarapan pagi. Namun ada juga yang menjadikan sebagai santapan diwaktu petang. Lempeng secara asasnya adalah sejenis hidangan yang disediakan menggunakan tepung dan air sahaja kemudian dimasak dengan sedikit minyak.
Cara penyediaannya pula cukup mudah dan ringkas. Sangat sedap jika digandingkan bersama-sama sambal ikan bilis. Bagi mereka yang ingin menghasilkan lempeng yang lembut gebu boleh ikuti resepi perkongsian Suzana Othman ini.
Mari ikuti perkongisan resepinya dibawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Petua Masak Sambal Tumis Yang Sedap, Tos Air Bawang Yang Dikisar!
LEMPENG LEGEND LEMBUT GEBU
Setiap kali up gamba lempeng mesti ramai yang cakap lempeng kita cantik. Alahai.. Rasa macam nak belanja lempeng je kat semua yang komen tu tau. Tapi apekan daya, dok dalam fesbuk dapat jamu mata aje.
Harini kita belanja resepi dan tutorial buat lempeng supaya semua orang boleh buat sendiri kat rumah. Kira belanja jugak la tu kan.
Ajommm.. Belajar buat lempeng
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 500ml air
- 1 biji telur
- 2sb minyak masak
- 1sk garam
- 1sb gula
- 1sk baking powder
CARA-CARANYA :
(1) Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
(2) Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, blend hingga tepung sebati.
Biarkan 1 jam, baru lempeng gebu
(3) Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1jam supaya baking powder bertindak balas utk dapatkan lempeng yg lembut dan gebu.
(4) Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz tu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.
(5) Enak dihidang bersama sambal tumis telur
Yang ini kita buat jual. 1 set 6 keping RM5. Kalau uolls nak jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing.
VIDEO
Nak tahu lanjut cara penyediaan video lihat DI SINI
Sumber/Foto : Suzana Othman
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku