Pembahagian Petanda Hari Kiamat Menurut Ilmu Fiqh At Tahawwulat & Covid-19 Berada Di Posisi Mana?

Pembahagian Petanda Hari Kīamāt Menurut Ilmu Fiqh At Tahawwulat & Cōvid-19 Berada Di Posisi Mana?   
Oleh : Ustaz Muhammad Saeed

1- Al-Habib Abu Bakar al-Adni membahagikan petanda hari kīamāt kepada tiga bahagian, (1) kecil (2) pertengahan (3) besar. Pembahagian ini dibuat daripada pemerhatiannya kepada petanda dan kesannya dalam kehidupan manusia dan alam semesta.

2- Sebahagian daripada petanda memiliki zaman tertentu dan tidak akan memasuki zaman yang lain.

3- Sebahahagian daripada petanda masuk kepada zaman yang selainnya.

4- Petanda kecil kīamāt bermula dari zaman Adam, memanjang kejadian atau perubahan atau fītnāh merentasi dan memasuki fasa yang berlakunya petanda pertengahan dan besar sehingga sebelum ditiup sangkākalā pertama.

5- Sebelum bi’sah Nabi tidak ada petanda pertengahan dan besar begitu juga petanda pertengahan tidak masuk kepada fasa berlakunya petanda besar.

6- Dari masa bi’sah Nabi hingga sebelum munculnya al-Dājjāl disitu berlakunya petanda kecil dan pertengahan.

7- Dari masa munculnya al-Dájjál hingga ditiup sangkakala berlakunya petanda kecil dan besar.

8- Kita dapat membezakan petanda kecil dan besar melalui hadith Nabi  صلى الله عليه   tentang 10 tanda kubra dan selainnya adalah petanda kecil.

9- Adapun petanda kecil dan pertengahan dibezakan dengan salah   satu dari tiga tanda.

  • (1) Petanda pertengahan berlaku pada perkara yang berhubungan dengan pemerintahan dan pōlitīk. Setiap fītnāh dan perubahan yang berkaitan dengan pemerintahan dan pōlitīk dinamakan petanda pertengahan, Adapun perubahan selainnya dinamakan petanda kecil.  
  • (2) Petanda pertengahan kesannya akan menimpa musībāhnya kepada umat secara global. Adapun petanda kecil kesannya hanya menimpa kepada tempat dan negeri tertentu sahaja.
  • (3) Petanda kecil akan berulang dengan berkembangnya zaman. Terkadang ia berhenti sekejap pada zaman tertentu dan akan berulang kepada zaman selepasnya. Adapun petanda pertengahan tidak berulang dengan berkembangnya zaman.

 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Viral Malaysia Ku 

Related articles