Pelikkan, Bekas Dah Tutup Ketat Tapi Bubuk Masih Ada. Ini Rupanya Cara Kutu Beras Muncul & Cara Nak Basmi

Pernahkan anda terfikir, kutu beras / bubuk ni datang dari mana? Padahal bekas beras kita dah tutup rapat. Tetiba ada je dalam bekas. Banyak pula tu.. merayau-rayau riang kesana sini. Jika anda nak tahu datang dari mana kutu beras ni, anda boleh baca perkongsian oleh Naim AJ Pest ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mudah & Pantas Nyahkan Kutu Dalam Beras. Confirm Putih & Bersih!

Kutu beras / Bubuk / Rice Weevil macam mana boleh dia ada dalam beras kita walaupun pack beras kita tu baru dibeli dan tak buka pun lagi?

Jemput baca thread simple ini berkaitan kutu beras dan cara nak basmi.

Kutu beras atau Rice Weevil ni merupakan serangga dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.

MACAM MANA DIA BOLEH ADA DALAM BERAS BERA TU KITA BARU BELI?

Serangga ini sebenarnya dia bertelur di dalam beras itu sendiri. Dia akan jadikan sebutir beras kita itu sebagai tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras tu sehingga kosong.

Bila dah sampai tempoh matang serangga ini akan keluar dari beras yang dijadikan tempat tinggal dia kemudian dia akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain. Dalam masa yang sama dia akan biakkan lagi telur dia kedalam beras yang lain.

Sebab tu bila kita jarang masak cepatlah dia keluar, yang rajin masak nasi tu binatang ni tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur dia tu sekali jadi nasi.. dapat lah extra protein, hahaha..tapi takde masalah pon kalau termakan telur kutu beras ni

Cuma kalau beras yang ada masalah kutu ni beras dia cepat hancur, kalau dimasak nasik tu jadi tak tahan lama dan cepat basi sebab dah contaminated.

MACAM MANA NAK KELUARKAN KUTU BERAS NI?

Serangga ni dia sgt sensitif dengan suhu.

Paling mudah jemur je tengah panas bawah matahari dlm 15-20 minit. Nanti kutu tu keluar sendiri dari beras. Pasti kan beras tu kita tebar atas talam ya, mudah skit dia nak lari.

MACAM MANA PULAK NAK PREVENT KUTU BERAS NI?

1. Letak daun Bay Leaves – Daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yang dihasilkan.

2. Lada hitam – Biji lada hitam is highly toxic pada serangga ni. Tabur je sikit dalam bekas beras tu.

3. Vacuum Pack – Simpan beras dlm vacuum pack boleh mengelakkn dari telur kutu beras menetas.

4. Simpan beras dlm freezer – yang ni jarang la org buat, tapi still berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk. So dia tak boleh nak hidup lah.

PERLUKAN SERVIS PEST CONTROL??

Boleh klik link berikut.

https://linktr.ee/ajpestcontrol

Sumber/Foto : Naim AJ Pest

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles